web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Medevac Bantu Terbangkan Lelaki Orang Asli Pengsan Ke Hospital

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2023 10:23AM

Operasi dilaksanakan dengan mengikut prosedur keselamatan yang memerlukan kesemua anggota dan jururawat memakai pakaian perlindungan diri (PPE) sepanjang proses penerbangan pemindahan tersebut - Gambar Facebook Unit Udara JBPM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GUA MUSANG - Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan penerbangan pemindahan perubatan (Medevac) membawa seorang lelaki Orang Asli yang pengsan akibat diserang demam panas dari Pos Balar di sini untuk mendapatkan rawatan di Hospital Gua Musang, semalam.  

Pegawai Perhubungan Awam JBPM, Pangkalan Wilayah Tengah Subang, Selangor, Timbalan Penguasa Bomba II, Mohd Hasrizal Kamaruzzaman berkata mangsa Rizal Aga, 28, dari suku kaum Temiar mengalami demam panas sehingga menyebabkan badannya lemah serta tidak bermaya dan menggigil akibat muntah sejak tiga hari lepas.

“Kru penerbangan berlepas dengan pesawat Mi-17-IV dari Pangkalan Wilayah Tengah Subang pada 9.40 pagi selepas menerima maklumat daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

"Pada jam 10.55 pagi helikopter tiba di Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang bagi tujuan mengambil dua jururawat sebelum tiba di Pos Balar pada 11.20 pagi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Hasrizal berkata operasi dilaksanakan dengan mengikut prosedur keselamatan yang memerlukan kesemua anggota dan jururawat memakai pakaian perlindungan diri (PPE) sepanjang proses penerbangan pemindahan tersebut.  

“Pesawat berlepas pulang selepas proses sanitasi dan selamat mendarat di Pangkalan Wilayah Tengah Subang pada 3.40 petang,” katanya yang menambah keadaan mangsa dilaporkan stabil selepas menerima rawatan di hospital berkenaan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Gaya 2 tahun yang lalu

Jualan Baju Raya Dalam Talian Tidak Jejas Tukang Jahit Orang Asli

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Mayat Orang Asli Dipercayai Dibaham Harimau Ditemukan Di Kawasan Cerun

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Bomba Terbangkan 2 Pesakit Orang Asli Ke Hospital Gua Musang

4

Usahawan 2 tahun yang lalu

Pekebun Orang Asli Jual Keledek Guna TikTok, Facebook

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja