web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Klip Video Tular Lelaki Laung Azan Bukan Di Malaysia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jan 2023 6:03PM

Tangkap layar video media sosial menunjukkan seorang lelaki melaungkan azan. - Gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesahkan klip video yang tular di media sosial memaparkan seorang lelaki sedang melaungkan azan, bukan berasal dari Malaysia.

Hasil semakan suruhanjaya tersebut mendapati klip terbabit berasal dari luar negara dan ditular semula, seolah-olah berlaku di Malaysia.

Jurucakap SKMM menegaskan, video sedemikian dilihat sebagai satu kandungan yang mengancam serta boleh mengundang ketegangan antara masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini.

“Sehubungan itu, orang ramai diingatkan supaya tidak menyebarkan kandungan berkenaan kerana dikhuatiri boleh menggambarkan konteks tidak tepat serta boleh digunakan oleh individu atau pihak tidak bertanggungjawab dalam melakukan provokasi antara agama di Malaysia.

“Orang ramai juga diminta untuk tidak menokok tambah kapsyen yang bersifat spekulatif dan provokatif, dan diminta untuk menyalurkan atau melaporkannya kepada pihak berkuasa untuk perhatian dan tindakan selanjutnya,” katanya menerusi kenyataan.

Menurut jurucakap itu, penyebaran kandungan berbaur provokasi dengan niat menyebabkan ketidakharmonian, perpecahan, kebencian, prejudis terhadap mana-mana kaum atau agama boleh menjadi kesalahan di bawah Kanun Keseksaan (Akta 574).

“Mengikut akta ini, mereka boleh dikenakan hukuman denda atau penjara, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“Orang ramai juga diingatkan untuk sentiasa cakna, berhati-hati dan elakkan daripada memuat naik sebarang kandungan yang boleh menyentuh sensitiviti agama demi keharmonian dalam negara,” katanya. - Getaran, 15 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 tahun yang lalu

KLIP: Anjakan Paradigma Untuk Melaka Muncul Hab Penting Perdagangan Global

2

Semasa 2 tahun yang lalu

SKMM Keluar Notis Terhadap 4 Penyedia Perkhidmatan Komunikasi

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Perkongsian Rangkaian Antara Telco Selesaikan Isu Capaian Internet, Talian Telefon

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Beroperasi Tanpa Lesen Sah, Awesome TV Dikompaun RM250,000

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 10 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad