web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KLIP: Anjakan Paradigma Untuk Melaka Muncul Hab Penting Perdagangan Global

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jan 2024 8:49PM

Ab Rauf Yusof melihat replika model KLIP ketika menyempurnakan majlis pecah tanah baru-baru ini - gambar ihsan KLIP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LINGGI  - Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi (KLIP) diyakini mampu menjadi anjakan paradigma untuk Melaka muncul sebagai hub penting perdagangan antarabangsa.

Pengerusi Eksekutif KLIP, Tan Sri Dr Noormustafa Kamal Yahya  berkata, pembangunan KLIP bertunjang kepada komitmen tidak berbelah bahagi bagi merealisasikan transformasi Kuala Linggi sebagai Hub Perindustrian Global Hijau untuk Sumber Tenaga, Pelabuhan dan Perkhidmatan Maritim.

Menurut beliau, KLIP berbekalkan onjektif menggalakkan pertumbuhan ekonomi, mahu meningkatkan integrasi serantau dan melonjakkan
kedudukan Malaysia sebagai pemain utama dalam landskap maritim global.

“Projek ini dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 42 bulan dan rancangan pembangunan mencakupi  pembinaan simpanan tangki, limbungan kapal dan industri berat limbungan fabrikasi.

“Melibatkan anggaran kos RM15 bilion, ia turut meliputi pembinaan kawasan pengendalian kargo yang kukuh, dermaga serta dan kemudahan gudang dengan anggaran kos RM15 bilion,” katanya selepas majlis pecah tanah KLIP di sini baru-baru ini.

Majlis berkenaan disempurnakan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusof dan dihadiri tetamu kenamaan, pegawai kerajaan, pemimpin dan pemain industri.

Dr Noormustafa Kamal Yahya - gambar ihsan KLIP
Dr Noormustafa Kamal Yahya - gambar ihsan KLIP

Noormustafa berkata, KLIP turut menjalin kerjasama permulaan kontrak, yang diberikan kepada China Harbour Engineering Co Limited (CHEC), membabitkan nilai RM760 juta.

“Jumlah kos penambakan projek ialah RM1.39 bilion di pulau seluas 248 hektar. Bersandarkan kepada Kos Pembangunan Kasar (GDC) yang dianggarkan RM15 bilion dan unjuran Nilai Pembangunan Kasar (GDV) bernilai RM100 bilion, KLIP bersedia menjana Pendapatan Negara Kasar (PNK) daripada pendapatan pertukaran projek asing dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) daripada industri tempatan,” katanya.

Beliau menarik perhatian, KLIP selaku pelabuhan persendirian mentakrifkan semula piawaian kemudahan pelabuhan dengan menggabungkan teknologi canggih, amalan mampan dan penyelesaian logistik yang cekap. 

“Lokasi strategik di sepanjang Selat Melaka meletakkan KLIP di persimpangan laluan perkapalan utama serta mewujudkan hubungan penting untuk perdagangan antarabangsa antara Asia, Eropah dan Asia Barat,” katanya.

Terdahulu ketika menyampaikan ucaptama, Noormustafa menekankan komitmen KLIP terhadap piawaian inisiatif pemuliharaan alam sekitar dan kelestariannya, sejajar dengan usaha global untuk mengurangkan jejak karbon operasi maritim.

“Majlis pecah tanah ini merupakan satu peristiwa bersejarah bagi Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi dan langkah penting ke hadapan dalam misi kami untuk menjadi hub maritim bertaraf dunia. 

“Kami bukan sekadar membina pelabuhan tetapi juga sedang membina simbol kemajuan, kerjasama, dan inovasi dalam ekosistem maritim yang merangsang pembangunan ekonomi serta mewujudkan peluang untuk generasi akan datang," katanya.

Getarab diberitahu, kemudahan terkini KLIP akan direka khusus menampung simpanan tangki dalam mengendalikan pukal cecair kargo, Gas Petroleum Cecair (LPG) dan Gas Asli Cecair (LNG).

Ia turut mengambil kira kawasan khusus untuk pembaikan dan baik pulih penyelenggaraan kapal (MRO).

KLIP juga dibina bagi melaksanakan teknologi canggih seperti tenaga hijau, sistem logistik pintar dan ketepatan masa untuk mengoptimumkan kecekapan operasi dan mengurangkan masa pemulihan. 

Dijangka mewujudkan sehingga 10,000 peluang pekerjaan mahir, ia adalah penyumbang utama ke arah pembangunan komuniti. - Getaran, 25 Januari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Di Lebuhraya AMJ: Bayi Lelaki Terpelanting Keluar Disahkan Selamat

2

Semasa 2 hari yang lalu

Mayat Balut Dengan Tilam: Konflik Akibat Dadah Punca Pembunuhan - Polis

3

Semasa 5 hari yang lalu

Bau Busuk Dedah Penemuan Ngeri, Mayat Repus Dijumpai Dibalut Dalam Tilam 

4

Semasa 6 hari yang lalu

Berang Dihalang Jumpa Teman Lelaki, Remaja Bawah Pengaruh Vape ‘Mushroom’ Kelar Leher Dan Tangan

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi