web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kemasukan Pelancong China: Usah Beri Reaksi Keterlaluan - Tiong

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2023 9:20AM

Tiong King Sing berkata kerajaan sentiasa peka mengenai situasi semasa COVID-19 dalam negara - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing memohon rakyat Malaysia supaya tidak memberikan reaksi keterlaluan berhubung kemasukan pelancong China ke dalam negara.

Beliau berkata kerajaan sentiasa peka mengenai situasi semasa COVID-19 dalam negara, namun ketika ini, masih tiada keperluan untuk mengenakan sekatan, menambah baik prosedur operasi standard (SOP) atau kawalan khas terhadap pelancong China.

“Saya mohon rakyat jangan keterlaluan. Sekarang kita bukan cakap soal tidak boleh (masuk ke dalam negara) ataupun kita mahu (kenakan) kawalan khas ke atas pelancong China, saya rasa ini tidak adil. Kita perlu ingat, jika kita lihat kes COVID-19 di China itu begitu tinggi iaitu 10.9 juta kes, kita perlu lihat pula pada Amerika Syarikat yang sudah 99 juta (kes).

“Jadi, jika mahu ambil tindakan, sepatutnya terhadap Amerika Syarikat. Kadar kematiannya juga sudah cecah 1.08 juta tetapi China kadarnya baru 36,000. Jadi perbandingan dari segi kadar kematian ini sangat rendah (bagi China). Walaupun begitu, kerajaan masih mengawal keselamatan negara, kita pantau (keadaan semasa),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sambutan pencahayaan Tahun Baharu Cina 2023 di Jalan Petaling di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau meminta rakyat Malaysia untuk terus mengutamakan kesihatan diri di samping menjaga SOP bagi mengekang penularan wabak COVID-19 khususnya apabila sektor pelancongan negara kini sudah mula kembali rancak.

Dalam pada itu, Tiong berkata kementeriannya mempunyai perancangan berbentuk pemasaran digital dan pendekatan secara konvensional bagi mempromosikan sektor pelancongan negara ke peringkat antarabangsa.

Beliau berkata usaha itu akan turut melibatkan agensi pelancongan tempatan bagi membantu menarik lebih ramai pelancong asing ke dalam negara. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Tragedi Lombong Arang Batu: Letupan Gas Ragut 90 Nyawa, Lebih Ramai Dijangka Terkorban

3

Luar Negara 3 minggu yang lalu

3 Hilang Selepas Gempa Bumi Bermagnitud 5.2 Landa Guangxi, Selatan China

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 13 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar