web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Permaisuri Selangor Gesa PBT Perbaiki, Naiktaraf Tatacara Pengurusan Kurungan Haiwan Terbiar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2023 5:18PM

Gesaan tersebut dizahirkan Tengku Permaisuri Norashikin susulan penularan gambar dan video membabitkan anjing terbiar yang terabai di sebuah pusat kurungan di negeri itu - Gambar Instagram Selangor Royal Official

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin menggesa pihak berkuasa tempatan terutamanya di negeri berkenaan untuk memperbaiki serta menaiktaraf tatacara pengurusan di pusat kurungan anjing dan kucing di bawah kendalian masing-masing.

Gesaan tersebut dizahirkan baginda susulan penularan gambar dan video membabitkan anjing terbiar yang terabai di sebuah pusat kurungan di negeri itu.

Baginda yang juga Penaung Diraja bagi kempen Stray Free Selangor (SFS) kendalian SPCA Selangor bertitah, pihak berwajib perlu meneliti semula pendekatan yang lebih holistik dalam menguruskan pusat kurungan haiwan terbiar tersebut.

“Menyedari bahawa anjing terbiar yang ditempatkan di pusat-pusat ini kebanyakannya tidak terurus dan kurang nutrisi, baginda mahu agar prosedur operasi standard (SOP) harian yang sedang digunapakai, disemak semula. 

“Ini kerana jika SOP semasa ini terbukti berkesan, tidak sepatutnya tular video yang menunjukkan anjing-anjing berkenaan seolah-olah teraniaya, terabai dan tidak terurus,” kata pengurus akaun Instagram Pejabat Sultan Selangor hari ini.

Menurut hantaran tersebut, baginda juga mencadangkan usaha ke arah memelihara kebajikan dan mengurangkan bilangan haiwan terbiar ini dipergiat, menerusi kempen Create Caring and Compassionate Communities (CCC).

Titah baginda, CCC ditunjangi beberapa perkara, termasuk memperkasa semula kolaborasi dan kerjasama antara majlis-majlis perbandaran dan penduduk taman perumahan terlibat.

“Majlis perbandaran dengan kerjasama SPCA mengendalikan sesi-sesi Responsible Pet Ownerships (RPO) bersama penduduk.

“Menyediakan jadual lawatan berkala oleh SPCA dan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) ke pusat-pusat kurungan haiwan terbiar.

“Menempatkan pegawai-pegawai kebajikan haiwan bersama pencinta-pencinta haiwan di setiap zon daerah, seterusnya melatih mereka untuk menggalakkan pengkasian (neuter) haiwan terbiar di bawah kempen SFS,” titah baginda.

Baginda bertitah, CCC juga perlu mendapatkan khidmat nasihat dan pemantauan daripada SPCA serta NGO sekiranya pendekatan untuk melupuskan semua haiwan terbiar ini terpaksa dilakukan.

Baginda juga menzahirkan harapan agar usaha menjaga kebajikan haiwan terbiar ini akan berterusan dan tidak sekadar melepas batok di tangga sahaja.

“Di samping tanggungjawab yang harus dilaksanakan oleh pihak-pihak berwajib, baginda juga mahu setiap ahli masyarakat menggalas peranan yang lebih signifikan khususnya dalam memupuk perasaan sayangkan haiwan dan prihatin dengan keadaan sekeliling,” kata hantaran itu. - Getaran, 12 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

MITRA Perlu Urus Dana Dengan Baik, Guna Sepenuhnya Peruntukan Diberi

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Kepimpinan Negara Mahu Lihat Aspek Adab, Akhlak, Integriti Diutamakan

3

Refleksi 4 tahun yang lalu

Kasih Sayang Tanpa Sempadan, Norashikin Selamatkan Ratusan Haiwan Terbiar

4

TARA 5 tahun yang lalu

Kasih Sayang Kak Wa Terhadap Haiwan Tiada Batasan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 33 minit yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 48 minit yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan