web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MITRA Perlu Urus Dana Dengan Baik, Guna Sepenuhnya Peruntukan Diberi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2023 9:48AM

Lim Guan Eng - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penguruaan Dana Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) diharap dapat menggunakan sepenuhnya peruntukan diberi, termasuk baki tahun lalu demi kebajikan komuniti India tempatan.

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, peruntukan sebanyak RM100 juta yang diberi tahun lalu masih berbaki RM30 juta, dan ia memberi ruang kepada pelaksanaan pelbagai agenda  untuk kaum berkenaan.

Menurut beliau, penyusunan dan perancangan yang baik akan membolehkan dana diterima dimanfaatkan sepenuhnya.

“Dana itu perlu diurus dengan telus. Barisan Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas MITRA terdiri daripada Pengerusi, Datuk Ramanan Ramakrishnan, Ahli Parlimen Klang,  V. Ganabatirau, Ahli Parlimen Segamat, R. Yuneswaran, Senator Datuk Sivarraajh Chandran dan Ketua Pengarah MITRA, K. Raveendran Nair perlu menggalas tanggungjawab penting untuk memantau peruntukan tersebut,” katanya.

Beliau menyatakan demikian semasa  merasmikan taklimat pengurusan permohonan geran kewangan MITRA 2023 dalam kawasan Parlimen Bagan, semalam.

Selain pengurusan tertinggi MITRA, taklimat berkenaan turut dihadiri Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer, Penolong Penguasa dan Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jayaraj Goval serta veteran MIC Pulau Pinang,  Datuk Seri R. Arunasalam.

Tegas Guan Eng, pengurusan baharu MITRA yang dilantik selepas pembentukan Kerajaan Perpaduan juga harus memastikan dana diterima tidak disalah guna.

“Kita perlu pastikan di bawah pimpinan Kerajaan Perpaduan, satu sen pun tidak disalahguna dan belanja perlu dipastikan (memiliki) keberhasilan impak tinggi yang memanfaatkan kaum India.

Saya difahamkan seorang AJK lagi dalam kalangan Ahli Parlimen DAP akan ditambah oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan diumumkan oleh Setiausaha Agung parti, Anthony Loke,” katanya.

Jelas beliau, MITRA yang kini hanya memiliki sekitar 35 pekerja juga memerlukan penambahan ahli untuk memberi perkhidmatan kepada 1.7 juta penduduk India tempatan.

“Satu cawangan harus ditubuhkan di Pulau Pinang demi menjaga kawasan utara dan satu lagi di kawasan selatan,” katanya.

Guan Eng memberitahu, MITRA diteruskan pada tahun 2018 ketika kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran negara, untuk pembangunan sosioekonomi masyarakat India. 

“Sebagai Menteri Kewangan masa itu, saya juga telah meluluskan tambahan peruntukan khas RM50 juta kepada Kementerian Sumber Manusia untuk memberi latihan sumber manusia masyarakat India,” katanya.

Ramanan pada sidang media pertama MITRA sejurus dilantik sebagai Pengerusi pada 19 April lalu mengakui, MITRA dilingkari pelbagai kontroversi termasuk penyelewengan dana berjumlah jutaan ringgit.

Justeru jelasnya, satu proses audit akan dilakukan ke atas semua pemberian dana yang dibuat sebelum ini.

Tegasnya, langkah tersebut bukan untuk mencari salah sesiapa, tetapi untuk menjamin satu keterbukaan agar ia boleh dinilai oleh masyarakat awam.

“Saya tidak berminat langsung untuk ‘witch hunt’ atau cari pesalah, biar sahaja ada proses audit, kita serahkan kepada (Ketua) Audit Negara untuk lakukan proses ini.

“Kita hendak maju ke hadapan dan bukan lagi bercakap tentang perkara yang telah berlalu. Kalau asyik mencari salah, itu bermakna objektif MITRA untuk memperkasa komuniti India tempatan hanya akan tinggal nama,” tegasnya.

MITRA jelasnya, mahu memastikan amanat Perdana Menteri agar semua rakyat diperkasa, ditunaikan sebaiknya.

“Saya tahu ramai yang skeptikal dengan MITRA kerana imej kita sudah tercalar dengan agak teruk.

“Saya mahu tegaskan di sini, perkara seperti itu tidak akan berulang lagi. Semua proses akan dilakukan secara telus dan terbuka (selepas ini),” katanya, memberi jaminan. - Getaran, 20 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

‘KPKT, Tolong Kaji Semula Garis Panduan Permohonan Dana RIBI’ - MIC

2

Semasa 2 tahun yang lalu

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Jemaah Menteri Putuskan MITRA Dikembalikan Semula Ke JPM - Fahmi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Bayaran Fi Pemandu Tidak Guna Wang MITRA - Aaron

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 18 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad