web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kasih Sayang Tanpa Sempadan, Norashikin Selamatkan Ratusan Haiwan Terbiar

Pengasas STAR Cat Shelter yang terletak di Kampung Paku Kelemak, Alor Gajah ini menyambung usaha murni arwah bapanya.

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Feb 2022 8:51AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kasih dan sayang Norashikin Ahmad, 29, terhadap haiwan sememangnya tiada sempadan sehingga sanggup mewujudkan pusat perlindungan demi menyelamatkan ratusan haiwan terutama kucing serta anjing terbiar di sekitar Melaka. 

Pengasas STAR Cat Shelter yang terletak di Kampung Paku Kelemak, Alor Gajah, itu berkata, usaha yang dilakukan secara aktif sejak 2014 sedikit-sebanyak mengikut jejak langkah bapanya, Allahyarham Ahmad Saad.

“Ayah meninggal dunia pada 2012 dan ketika hayatnya, arwah memang sangat sayangkan haiwan. Mana-Mana haiwan sakit yang dia jumpa, akan dibawa balik untuk dirawat. Sejak kecil, saya lihat apa yang dia buat sehingga meresap ke dalam jiwa," katanya yang ditemui di program Kongsi Rezeki-CSR Programme Helping Stray Shelter, semalam.  

Program yang dihadiri Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Presiden Kelab Kucing Malaysia, Khalid Rashid itu bertujuan memberi vaksin kepada kucing serta anjing jalanan di pusat perlindungan haiwan berkenaan dengan kerjasama Kelab Kucing Malaysia.  

Mas Ermieyati (kanan) bersama Norashikin (kiri) meninjau kucing-kucing terbiar yang akan divaksin di Program CSR Vaksinasi Kucing dan Anjing Terbiar di Star Cat Shelter.
Mas Ermieyati (kanan) bersama Norashikin (kiri) meninjau kucing-kucing terbiar yang akan divaksin di Program CSR Vaksinasi Kucing dan Anjing Terbiar di Star Cat Shelter.

Norashikin berkata, pusat perlindungan haiwan miliknya kini menempatkan hampir 100 kucing dan 60 anjing serta lima monyet.   

“Biasanya saya akan bawa balik kucing jalanan yang dijumpai dan bagi rawatan bersesuaian termasuk vaksin serta memandulkannya. Untuk rawatan, saya bertuah sebab ada ramai kenalan di seluruh negara yang mempunyai kepakaran dan pengetahuan berkaitan haiwan bersedia memberi bantuan tanpa mengira masa," katanya.

Bercerita pengalaman menyelamatkan haiwan terbiar, beliau mengakui pelbagai kesukaran dan cabaran terpaksa dihadapi.

Paling tidak boleh dilupakan kata Norashikin, ialah ketika misi menyelamatkan beberapa ekor kuda yang diabaikan.

“Setelah menerima aduan, kami ke tempat kuda tersebut dan memang sangat sedih melihat keadaan haiwan itu. Saya dan pasukan buat laporan kepada pihak polis serta Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Campur tangan ini berjaya menyelamatkan haiwan tersebut.

“Begitu juga dengan kes kami menyelamatkan seekor anjing yang dibakar individu tidak bertanggungjawab," katanya.

Biarpun terpaksa menanggung beban kewangan selain berdepan kekangan masa dan tenaga, Norashikin berkata beliau tidak akan sesekali berpatah balik dalam usaha menyelamatkan haiwan terbiar. 

"Saya anggap apa yang saya lakukan ini sebagai sedekah pahala buat arwah ayah atas teladan yang ditunjukkan semasa hayatnya. Saya harap ibu bapa dapat semaikan pada anak-anak mereka perasaan sayang terhadap haiwan," katanya. - Bernama

Gambar: Muhammad Zulhilmi daud, Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Tahan Lelaki Bantu Siasatan Kes Buang Kucing Dalam Sungai

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Nasib Baik Ada 'Pendamai', Tak Jadi Nak Gaduh

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Ni Baru Betul Majikan, Kasi Buai Satu Kali!

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Siasat Insiden Tular Pukul Anjing

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik