web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kepimpinan Negara Mahu Lihat Aspek Adab, Akhlak, Integriti Diutamakan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2023 11:52AM

Pkharuddin Ghazali menjelaskan, kementerian ketika ini sedang menguruskan sebanyak 10,233 sekolah merangkumi 2,451 sekolah menengah dan 7,782 sekolah rendah dengan bilangan 412,227 guru dan 5,110,048 murid - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kepimpinan tinggi negara melihat aspek adab, akhlak, integriti dan karamah insaniah sebagai tumpuan penting yang perlu diutamakan dalam sektor pendidikan.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali berkata, usaha tersebut sekali gus melahirkan golongan anak yang baik, cerdik dan seterusnya membawa ke arah sebuah negara madani.

"Alhamdulillah, di Parlimen baru-baru ini selepas sesi perjumpaan dengan Perdana Menteri, saya sempat salam menyatakan hasrat kita dalam pendidikan ini.

"Perdana Menteri sempat berpesan kepada saya, beliau memberi pesanan, Datuk KP, bawalah kementerian sebaik mungkin untuk membina karakter serta sahsiah anak bangsa kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat KPPM Sempena Pembukaan Sesi Persekolahan Tahun 2023/2024 di Putrajaya, hari ini.

Pkharuddin menjelaskan, kementerian ketika ini sedang menguruskan sebanyak 10,233 sekolah merangkumi 2,451 sekolah menengah dan 7,782 sekolah rendah dengan bilangan 412,227 guru dan  5,110,048 murid.

Walau bagaimanapun, beliau menegaskan, pihaknya tetap akan mengurus kesemua sekolah tersebut meskipun terdapat sekolah yang memiliki hanya lima murid, demi kesinambungan pendidikan anak bangsa negara ini.

Beliau turut menyeru warga kementerian untuk menyambut aspirasi kepimpinan tertinggi negara selaras dengan visi 'pendidikan berkualiti, insan terdidik, negara sejahtera.'

Sehubungan itu, beliau berkata, apa sahaja yang dirancang di peringkat bahagian dan negeri seharusnya berpijak atau berlandaskan visi kementerian.

"Jadi setiap daripada kita sama ada kita di peringkat tinggi kementerian atau di sekolah yang kecil, mesti terjemahkan kepada satu matlamat atau visi yang sama, tidak boleh kita lari dari visi dan ketetapan dasar yang telah dibuat.

"Sebab kita ramai pihak yang berkepentingan, setiap kita perlu membawa kefahaman sama, jadi hadamlah setiap satu apa yang kita keluarkan contohnya surat pekeliling ikhtisas (SPI) berkaitan.

"Insya-Allah selepas ini SPI akan ditambah baik untuk dipermudahkan urusan kita," katanya. - Getaran, 15 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 3 minggu yang lalu

Lebih 12,000 Guru Bersara Setiap Tahun, Jurang Usia Antara Pendidik Cetus Kebimbangan 

2

Pendidikan 3 minggu yang lalu

Mata Pelajaran Sejarah, Bahasa Melayu Kekal Syarat Wajib Ke IPTA - Zambry

3

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Insentif RM100,000 Kepada 5 MRSM Terbaik SPM 2025

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 2 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad