web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kasih Sayang Kak Wa Terhadap Haiwan Tiada Batasan

Haiwan terbiar seperti anjing dan kucing adalah makhluk bernyawa dan tahu rasa sakit, lapar dan sedih. Mengapa kita tidak lebih prihatin kepada nasib mereka?

TARA Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2021 8:55AM

Pengurus Persatuan Penyelamat Haiwan Terbiar Terengganu (TSAR), Janet Tan. Gambar: fotoBernama/Mohd Khairul Fikiri Osman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak 13 tahun lepas, jadual seharian suri rumah ini bukan sahaja padat dengan tugas menguruskan rumah tangga, malah beliau sibuk memasak dan menyediakan makanan untuk ‘dijamu’ kepada haiwan-haiwan jalanan terutama anjing.

Pada sebelah malam pula, wanita berbangsa Melayu berusia 53 tahun yang hanya ingin dikenali sebagai Kak Wa itu akan melakukan rutinnya memberi makan kepada kira-kira 40 ekor anjing jalanan di sekitar Kuala Terengganu.

Merasakan anjing juga adalah makhluk ciptaan Tuhan yang perlu dilindungi dan tidak wajar dizalimi, ahli Persatuan Penyelamat Haiwan Terbiar Terengganu (TSAR) itu menepis stigma masyarakat Melayu di negara ini terhadap anjing dengan turut merawat haiwan tersebut yang cedera atau sakit.

“Anjing juga makhluk bernyawa yang tahu rasa sakit, lapar dan sedih. Tidak seperti kucing, anjing susah untuk ke mana-mana terutama pada waktu siang kerana takut berhadapan dengan orang ramai.

“Lagipun terdapat jurang yang besar antara masyarakat kita dengan anjing berbanding kucing. Jadi, nasib haiwan tersebut kurang mendapat pembelaan,” katanya ketika ditemui Bernama semasa memberi makanan kepada anjing jalanan di sini hari ini.

Kak Wa juga lebih gemar memberi makan kepada anjing jalanan pada waktu malam berbanding siang kerana ingin mengelak pandangan serong orang ramai terhadapnya.

“Sekiranya kita tidak boleh ubah pandangan orang terhadap kita, jadi kita sendiri yang perlu ubah cara kita. Sebab itu Kak Wa pilih waktu malam untuk beri makan kepada anjing.

“Selalunya sampai pukul 2 hingga 3  pagi Kak Wa bersama anjing-anjing jalanan kerana waktu itu tiada orang yang nampak,” katanya yang turut memberi makanan kepada puluhan ekor kucing jalanan setiap hari.

Bagaimanapun, ibu kepada dua anak ini memahami sensitiviti masyarakat terutama umat Islam di negara ini terhadap anjing memandangkan agama Islam melarang haiwan tersebut disentuh secara sembarangan.

“Niat Kak Wa hanya ingin menyelamatkan anjing. Bukannya Kak Wa pegang suka-suka atau peluk cium anjing-anjing itu. Dalam Islam kan seseorang itu boleh melakukan proses sertu apabila menyentuh najis berat seperti anjing,” katanya.

Ternyata kasih sayang Ka Wa terhadap haiwan tidak terbatas apabila beliau sanggup memberi perlindungan kepada 15 ekor anjing dan 30 ekor kucing jalanan yang diselamatkannya dan menempatkan haiwan tersebut di satu kawasan di Marang.

Janet meletakkan makanan seperti nasi yang digaul dengan daging rebus untuk dimakan anjing yang berkeliaran di sebuah perkuburan Cina di Kuala Terengganu. Gambar: fotoBernama/Mohd Khairul Fikiri Osman
Janet meletakkan makanan seperti nasi yang digaul dengan daging rebus untuk dimakan anjing yang berkeliaran di sebuah perkuburan Cina di Kuala Terengganu. Gambar: fotoBernama/Mohd Khairul Fikiri Osman

Sementara itu, Pengerusi TSAR Janet Tan berkata secara keseluruhan lebih 200 ekor anjing terbiar diberi makanan setiap hari oleh kira-kira 15 anggota persatuan termasuk empat daripada mereka berbangsa Melayu, secara bergilir-gilir di setiap lokasi terpilih.

Katanya, hasil sumbangan orang ramai dan peruntukan yang dikeluarkan sendiri oleh ahli-ahli persatuan, sebanyak 200 kilogram (kg) makanan kering, 100 kg beras dan 100 kg makanan mentah seperti ayam dan daging disediakan setiap bulan untuk diberikan kepada anjing jalanan.

Setiap hari ahli persatuan yang ditubuhkan pada November 2018 itu akan memasak nasi dan merebus bahan makanan mentah seperti ayam dan daging sebelum diberi kepada anjing jalanan bagi menjamin kualiti makanan dan kesihatan haiwan itu.

“Kami bersyukur kerana walaupun tidak ramai tetapi masih ada yang sudi menyumbang seperti orang perseorangan yang memberikan tanah di Kampung Tiruk di sini untuk kami bina pusat perlindungan anjing dan ada restoran yang memberi bekalan nasi serta bahan mentah kepada anjing-anjing jalanan.

“Bukan mudah untuk memberi kesedaran orang ramai terhadap anjing jalanan, apatah lagi untuk mengajak mereka bersama-sama membantu meluangkan masa memberi makanan atau menghulur sumbangan,” katanya sambil memaklumkan pusat perlindungan anjing tersebut kini menempatkan lebih 30 ekor anjing jalanan yang telah diselamatkan.

Beliau berkata selain anjing, ahli-ahli TSAR turut memberi makan kepada kucing jalanan di sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

Tan turut melahirkan kesedihannya dengan sikap segelintir individu yang  menganiaya anjing-anjing jalanan sehingga ada yang tergamak memukul dan memberi racun kepada haiwan tersebut.

“Paling sedih sekiranya mereka bunuh ibu anjing yang baru sahaja melahirkan anak. Tidakkah mereka terfikir bagaimana pula nasib anak-anak anjing itu selepas ketiadaan ibunya?” katanya. - Bernama

Isu Pada

Jagoan Litar : Lewis Hamilton Dan Valtteri Bottas

05 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kemalangan Maut Di Pelantar Minyak: ‘Hanya Allah Yang Tahu Perasaan Saya Ketika Ini’ - Isteri Mangsa

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Kemalangan Di Pelantar Minyak: PETRONAS Sahkan 3 Maut

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Mayat Pelajar Ditemukan Lemas Di Dasar Sungai

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini