web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 8 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 9 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mayat Pelajar Ditemukan Lemas Di Dasar Sungai

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2026 8:20PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DUNGUN - Mayat seorang daripada dua beradik yang dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Beril dekat Taman Beril, Paka di sini pagi tadi ditemukan petang ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Dungun, DSP Jumaidy Bah Chong Weh berkata mayat Muhammad Amir Ashraf, 15, ditemukan pasukan mencari dan penyelamat pada 3.47 petang.

Beliau berkata anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Chukai yang melakukan selaman, menemukan mayat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Durian Guling, Marang di dasar sungai pada kedalaman kira-kira 5.l meter.

"Mayat mangsa ditemukan kira-kira tujuh meter dari tempat mangsa dilaporkan lemas, sebelum dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut," katanya dihubungi hari ini.

Bagaimanapun Jumaidy berkata seorang lagi mangsa iaitu adik kepada Muhammad Amir Ashraf iaitu Muhammad Aidil Amsyar Mohd Zul-Zunaidi, 14, masih belum ditemukan dan operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Beliau berkata pasukan mencari dan penyelamat yang terdiri daripada 37 anggota bomba, polis dan penduduk kampung, melancarkan gerakan mencari dan menyelamat sebaik menerima laporan kehilangan mangsa.

Dalam kejadian pada 10.56 pagi tadi, dua beradik terbabit dilaporkan lemas ketika mandi bersama dua lagi rakannya, Muhammad Farish Iqbal Cik Mohanarunasdi, 14, dan Muhammad Afi Naashif Adli Noone, 15.

Bagaimanapun Muhammad Farish Iqbal dan Muhammad Afi Naashif selamat dalam kejadian itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jalur Gemilang Tanpa Bulan Sabit, Bintang Tidak Disengajakan - MB

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Marah 'Rider' Lambat Isi Minyak, Lelaki Acu Parang Daging

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Salah Laku Seksual Babit Wanita OKU: 3 Pelarian Rohingya Ditahan

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Kali Diperdaya ‘Scammer’, Jurujual Pasar Raya Rugi RM290,910

Sorotan

1

Robot Humanoid Dijangka Sertai Sambutan Hari Kebangsaan

2

Audit Forensik Felda Dibawa Ke Mesyuarat Kabinet - PM 

3

Bau Busuk Jadi Petunjuk, Polis Temui Mayat Wanita Berikat

4

Jerebu Semakin Buruk, 32 Kawasan Catat Bacaan Tidak Sihat

5

20 Warga China Direman 4 Hari, Disyaki Terlibat Sindiket 'Love Scam'

6

‘Roller Coaster’ Rosak Di Taman Tema, 10 Penumpang Cedera

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Tiada Ibu Yang Rela Anaknya Dikenang Dengan Cara Menyedihkan’ - Kasturi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bakar Pekerja Kedai Nombor Ramalan, Pemandu E-Hailing Didakwa Cuba Membunuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bau Busuk Jadi Petunjuk, Polis Temui Mayat Wanita Berikat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jerebu Semakin Buruk, 32 Kawasan Catat Bacaan Tidak Sihat

oleh Sophia Ahmad