web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Perhilitan Pantau Kehadiran Buaya Di Pantai Labuan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2023 10:30AM

Papan tanda amaran ancaman buaya telah dipasang di hampir semua pantai di Labuan dengan kerjasama Perbadanan Labuan - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LABUAN - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Labuan akan terus membuat pemantauan di semua pantai di pulau ini berikutan penemuan buaya baru-baru ini.

Ketuanya Welter Siringon berkata satu daripada kaedah yang dilaksanakan melepaskan tembakan ke udara untuk menghalau reptilia itu jauh dari pantai.

“Sebelum ini ia dilakukan di jeti LKIM Kiamsam apabila seekor buaya dikesan berhampiran jeti, kami akan terus memantau semua pantai di pulau ini,” katanya kepada Bernama hari ini. 

Welter berkata ia bukan tugas yang mudah untuk memastikan seluruh pantai Labuan bebas daripada kehadiran buaya.

“Mungkin bukan ada seekor sahaja buaya, tetapi mungkin ada tiga atau empat dan reptilia ini akan datang dan pergi. 

“Berdasarkan pemantauan kami, laluan buaya ini adalah dari perairan Sabah ke Labuan dan kembali semula ke Sabah dan apabila kami melepaskan tembakan, sukar bagi kami untuk memberi jaminan reptilia ini tidak akan kembali,” katanya.

Welter berkata usaha lain yang dijalankan memasang papan tanda amaran ancaman buaya di hampir semua pantai di pulau itu dengan kerjasama Perbadanan Labuan.

“Kami telah menempatkan reptilia ini di dua kawasan hutan paya bakau Kina Benuwa selain pantai Sawangan Cina dan Pusat Kokurikulum Negeri Kg Ganggarak serta akan turut ditempatkan di kawasan lain,” katanya.

Welter mengingatkan orang ramai agar berhati-hati ketika berkelah di pantai terutama bersama kanak-kanak. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Jabatan Hidupan Liar Sabah Fokus Pengurusan Buaya Di Kawasan Berisiko

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Datuk, 2 Cucu Maut Rumah Terbakar

3

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Gempa Bumi Kuat Landa Mindanao, Gegaran Dirasai Sekitar Sabah, Labuan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

KPDN Rampas 80,000 Liter Diesel Bernilai Lebih RM300,000 Di Labuan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 2 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja