web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rasuah Projek Kerajaan RM114 Juta, 4 Pengarah Ditahan 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jan 2023 5:52PM

Menurut sumber, suspek terdiri daripada seorang Pengarah Urusan dan Pengurus Besar daripada dua syarikat berbeza

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Empat individu berstatus pengarah ditahan selepas disyaki terbabit dalam kegiatan rasuah untuk mendapatkan projek khas kerajaan bernilai RM114 juta.

Keempat-empat suspek berusia 38 hingga 65 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini selepas diminta hadir untuk memberikan keterangan.

Menurut sumber, suspek terdiri daripada seorang Pengarah Urusan dan Pengurus Besar daripada dua syarikat berbeza.

Menurutnya, dua lagi individu yang ditahan adalah pengarah syarikat daripada syarikat sama.

“Pengarah Urusan berusia 65 tahun itu dikatakan berperanan sebagai orang tengah dengan meminta serta menerima rasuah daripada dua pengarah syarikat tersebut dan dibantu oleh seorang lagi suspek iaitu Pengurus Besar.

"Orang tengah terlibat dipercayai telah meminta sebanyak tiga sehingga lima peratus daripada jumlah projek sebagai balasan membantu syarikat tersebut mendapatkan projek-projek di bawah program khas kerajaan tersebut,” katanya hari ini.

Jelas sumber, projek tersebut terdiri daripada kerja membina dan menaik taraf jalan di selatan tanah air.

Susulan penahanan, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk permohonan perintah reman hari ini.

Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan kedua-dua suspek direman selama enam hari bermula hari ini sehingga Isnin depan.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas, Datuk Tan Kang Sai mengesahkan penahanan dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a) (A) Akta SPRM 2009. - Getaran, 11 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Titah Diraja: Agong Beri Amaran Keras Untuk Perasuah, Anggap Mereka Pengkhianat Negara

3

Kolum 1 tahun yang lalu

HARA 2024 – Perlu Kesungguhan Semua Pihak Cegah Rasuah

4

Semasa 1 tahun yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 10 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan