web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pembangunan Infrastruktur Desa Di Sabah, Sarawak Perlu Sama Di Semenanjung

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jan 2023 9:31PM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pembangunan infrastruktur di kawasan desa di Sabah dan Sarawak harus menyamai tahap infrastruktur di kawasan desa di Semenanjung, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata pada keseluruhan infrastruktur desa di Semenanjung berada pada tahap memuaskan dan beliau melihat infrastruktur desa di kedua-dua negeri berkenaan mesti dipertingkatkan.

“Sabah dan Sarawak telah berada di tahap wilayah, ia (kedua-dua negeri itu) bukan hanya perlu dibangunkan tetapi setelah lebih 60 tahun negara kita mencapai kemerdekaan, maka perimbangan antara wilayah itu perlu diperkirakan dan disegerakan.

“…(pembangunan infrastruktur di Sabah dan Sarawak) untuk sekurang-kurangnya menyamai infrastruktur desa di Semenanjung,” katanya ketika berucap pada Majlis Sembang Santai Bersama Media di Menara Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata perkara itu perlu diberi perhatian memandangkan projek Lebuhraya Pan Borneo yang akan dibuka sepenuhnya tidak lama lagi bakal menjadi penghubung utama penduduk Sabah, Sarawak dan Brunei.

“Apatah lagi apabila Pan Borneo menghubungkan Sarawak dan Sabah dan akan ada hubungan dengan Brunei maka kesalinghubungan dari jalan utama ke bandar-bandar kecil dan kampung di laluan Pan Borneo di kedua-dua negeri ini mesti diwujudkan,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) turut memberi tumpuan kepada isu jurang pendapatan serta kadar kemiskinan antara penduduk luar bandar, pinggir bandar dan dalam bandar.

Beliau berkata ia perlu diberi keutamaan selepas beberapa kali angka garis kemiskinan yang dilaporkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berubah berdasarkan situasi ekonomi semasa.

“Secara relatifnya, ia (kemiskinan) tidak boleh dilihat di desa sahaja tetapi harus dilihat di pinggir bandar dan dalam bandar. Fakir di bandar telah menyamai di desa,” katanya.

Mengenai Majlis Sembang Santai Bersama Media, Ahmad Zahid berkata KKDW akan melakukan langkah proaktif untuk menjalinkan hubungan antara kementerian dan media dalam usaha menyebarluaskan liputan aktiviti kementerian.

“Saya berasakan kementerian ini tidak terlalu banyak menghidangkan isu kontroversi. Oleh kerana ia berjalan sebagai sebuah kementerian...maka liputan yang terpapar berada di sekitar kenyataan media dan juga sidang media sahaja.

“…Oleh demikian, saya mahu menukar pendekatan baharu dengan melakukan pendekatan game changer antara media dan KKDW,” katanya yang turut meminta kerjasama daripada pihak media untuk memberi saranan bagi menambah baik liputan berkaitan KKDW. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

oleh Wartawan Getaran