web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anwar Perlu Penuhi Komitmen Antirasuah, Lonjakkan Pencapaian CPI 2023

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jan 2023 9:25PM

Kejayaan itu akan menandakan perjalanan panjang untuk Malaysia menjadi dalam kalangan 30 negara dengan integriti awam terbaik di dunia. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu memenuhi komitmen antirasuah beliau dan menunjukkan hasil itu menerusi laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2023 Transparency International (TI), yang bakal diterbitkan Januari tahun depan.

Veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, tiada alasan bagi Anwar, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) untuk tidak menambah baik kedudukan dan markah Malaysia dalam TI-CPI 2023.

"(Kejayaan itu) akan menandakan perjalanan panjang untuk Malaysia menjadi dalam kalangan 30 negara dengan integriti awam terbaik di dunia, melainkan sekiranya kerajaan Anwar ditumbangkan sebelum tahun ini berakhir," katanya. 

Beliau berkata, sudah terlalu lambat untuk Anwar berbuat apa-apa bagi menaikkan kedudukan dan markah Malaysia pada TI-CPI 2022 yang bakal diterbitkan tidak lama lagi.

Beliau juga menjangkakan laporan TI-CPI 2022 berkemungkinan besar adalah yang terburuk dalam sejarah negara sejak indeks tersebut diterbitkan 28 tahun lalu.

"(Ini terjadi) walaupun kita telah mencatatkan kedudukan terbaik di bawah kerajaan PH pada tahun 2019," katanya.

Untuk rekod, TI-CPI 2019 dengan pembabitan 180 negara seluruh dunia menyaksikan kedudukan Malaysia yang ketika itu di bawah pentadbiran PH, melonjak ke tangga ke-51, berbanding 61 pada 2018, dan turut mencatatkan peningkatan skor sebanyak enam mata kepada 53, berbanding 47.

Pencapaian tersebut susulan tekad kerajaan PH membongkar pelbagai skandal meliputi agensi pelaburan berkepentingan awam pasca peralihan tampuk pemerintahan.

Kit Siang yang juga mantan Ahli Parlimen Iskandar Puteri memberitahu, Anwar adalah Perdana Menteri Malaysia kelima yang telah bertemu dengan Joko Widodo sejak figura tersebut menjadi Presiden Indonesia pada tahun 2014. 

Sejak tahun 2014, tambahnya, Indonesia telah menambah baik kedudukannya dalam TI-CPI, dari tempat ke-107 dengan markah 34/100 kepada tempat ke-97 dengan markah 38/100 pada tahun 2021, sedangkan Malaysia pula dari tempat ke-50 dengan markah 52/100 pada tahun 2014 merosot ke-62 dengan markah 48/100 pada tahun 2021. 

Dari trajektori kedua-dua negara untuk tujuh tahun yang lepas, Kit Siang berkata, Indonesia dijangka memintas kedudukan Malaysia dalam TI-CPI menjelang 2030.

"Dan perkara ini amatlah memalukan memandangkan semasa TI-CPI diterbitkan buat pertama kali pada tahun 1995 dengan hanya 41 negara yang ditinjau, Malaysia berada di tempat ke-23 dengan markah 5.28/10 sedangkan Indonesia berada di tempat terakhir dengan markah 1.94/10," ujarnya. - Getaran, 10 Januari 2023 

Berita Berkaitan

1

Semasa 22 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 6 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad