web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Letupan Bom: Reman Pasangan Suami, Isteri Dilanjutkan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jan 2023 9:18PM

Polis membuat permohonan reman kali kedua terhadap pasangan terbabit pada jam 11 pagi tadi. - Gambar hiasan Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

AMPANG JAYA - Reman terhadap pasangan suami isteri yang disyaki terbabit dalam letupan bom hingga menyebabkan kematian seorang tukang masak di Pandan Indah, di sini baru-baru ini dilanjutkan tujuh hari lagi.

Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya membuat permohonan reman kali kedua terhadap pasangan terbabit jam 11 pagi tadi.

“Mahkamah membenarkan reman selama tujuh hari sehingga Selasa depan.

“Suspek diwakili oleh Peguam RSN Rayer yang juga Ahli Parlimen Jelutong,” katanya ringkas kepada media sebentar tadi.

Pada 29 Disember lalu, seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun maut akibat kecederaan parah pada bahagian badan dan tangan selepas bungkusan yang ditinggalkan di atas bonet keretanya meletup.

Kejadian tersebut disyaki bermotifkan cemburu selepas polis mendapati suspek lelaki terbabit mengesyaki mangsa memiliki hubungan dengan isterinya, ketika tukang masak itu menetap di utara tanah air.

Polis menahan suspek dan isterinya, masing-masing berusia 33 dan 30 tahun dalam serbuan di sebuah taman perumahan di Serdang, Kedah, kira-kira jam 7.20 malam 4 Januari lalu.

Difahamkan, suspek yang bekerja sebagai kontraktor pembinaan menggunakan bahan letupan buatan sendiri (IED) dengan menjadikan mercun bola sebagai antara bahan untuk membuat bom tersebut. - Getaran, 10 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Dakwaan Rasuah: Shamsul Iskandar, Tei Direman 6 Hari 

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Kes Bunuh 2 Beranak: 3 Lelaki Nepal Direman 7 Hari

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Jasad Remaja Maut Ditikam Selamat Disemadikan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: Teman Lelaki Direman 7 Hari

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 13 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 17 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi