web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PR1MA Hantar Bantuan Banjir Hampir RM900,000 Ke Kelantan, Terengganu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jan 2023 11:48AM

Ahmad Maslan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perbadanan Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) hari ini menyerahkan sumbangan dan bantuan banjir ke Kelantan dan Terengganu berjumlah hampir RM900,000 bagi membantu mangsa yang terkesan dengan bencana itu pada penghujung tahun lepas.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata sumbangan bantuan berkenaan melibatkan 800 set kelengkapan membersih iaitu water jet, penolak air, mop, paip getah, penyapu plastik, baldi, cangkul, kasut getah dan sarung tangan.

Turut dihantar 1,000 set keperluan bantuan banjir melibatkan starter kit food, kit banjir, telekung, kain pelikat, tilam bersaiz Queen, set beg sekolah dan ready to eat food pack.

“Saya kira ini satu usaha amat baik dan harap ketika musibah di tempat lain kita sebagai agensi yang ada keupayaan dapat kiranya membantu dalam bentuk tanggungjawab sosial korporat (CSR),” katanya ketika mewakili Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melepaskan konvoi berkenaan.

Turut hadir pada majlis ringkas yang berlangsung di pekarangan Pusat Dagangan Dunia (WTC) itu ialah Pengerusi Perbadanan PR1MA Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya.

Ahmad Maslan berkata walaupun banjir di kedua-dua negeri berkenaan sudah surut, kesan yang dirasai penduduk terutama dari aspek pembersihan rumah dan kerosakan barangan asas masih ada.

Sehubungan itu, beliau menyeru penglibatan lebih banyak agensi, jabatan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk memberi bantuan kepada rakyat ditimpa musibah tidak kira di mana mereka berada.

Menurut maklumat dikongsi PR1MA, sumbangan barangan tersebut akan disalurkan menerusi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meluluskan peruntukan segera bantuan banjir berjumlah RM100 juta kepada Kelantan dan Terengganu, masing-masing berjumlah RM50 juta. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 5 bulan yang lalu

YSIJ Hulur 1,000 Bakul Makanan, Baiki Rumah Mangsa Banjir Di Batu Pahat

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 23 jam yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

oleh Amirah Abu Bakar