web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anwar, Jokowi Bincang Pusat Pembelajaran Komuniti Untuk Anak Pekerja Indonesia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jan 2023 1:55PM

Anwar Ibrahim (kiri) bersama Joko Widodo di veranda Istana Kepresidenan Bogor sebelum mesyuarat dua hala mereka. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Pembangunan pusat pembelajaran komuniti di Malaysia bagi memastikan anak pekerja Indonesia di negara ini mendapat pendidikan antara topik yang dibincangkan dalam pertemuan empat mata antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia Joko Widodo, hari ini.

Joko berkata, adalah amat kritikal bagi anak pekerja asing Indonesia dididik dan hak pekerja di sana lebih dilindungi.

“Saya gembira dengan komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberikan perlindungan kepada pekerja asing Indonesia (di Malaysia). Saya berharap satu sistem akan diwujudkan untuk memastikan kesejahteraan mereka dipenuhi.

“Ia juga penting untuk membangunkan pusat pembelajaran komuniti di Malaysia bagi memastikan anak-anak pekerja asing kami di sana mendapat pendidikan,” kata Joko, yang juga lebih dikenali sebagai Jokowi.

Sebagai reaksi balas kepada rakan sejawatannya itu, Anwar mengakui penganiayaan terhadap pekerja Indonesia, termasuk pembantu rumah dan pengalaman mereka di penjara Malaysia telah menguris perasaan negara jiran sama ada daripada pentadbiran atau orang awam.

Anwar menegaskan bahawa beliau ingin mengelak sebarang pertumpahan darah antara Malaysia dan Indonesia, terutamanya melihat layanan terhadap pendatang Indonesia di penjara Malaysia tidak berprikemanusiaan.

“Saya tahu ia (layanan pekerja asing Indonesia) melukakan perasaan ramai rakyat Indonesia dan juga kerajaan. Saya tahu bagaimana rasanya kerana saya pernah berada di penjara yang sama. Ia tidak berperikemanusiaan.

“Mesti ada penyelesaian holistik untuk masalah ini supaya pekerja dilindungi dan kami berdua bersetuju untuk memastikan agensi pekerjaan hanya membantu memudahkan pekerjaan golongan ini dan hanya mendapat keuntungan yang berpatutan, bukan menindas pekerja miskin.

“Pendigitalan unit ini, diharapkan dapat mengurangkan birokrasi dan melindungi hak pekerja dengan lebih baik,” kata Anwar.

Perkara lain yang dibincangkan semasa pertemuan empat mata itu termasuklah usaha memerangi diskriminasi terhadap negara pengeluar minyak sawit, persetujuan bahawa kerajaan junta Myanmar harus mematuhi konsensus lima perkara dan isu sempadan.

Kedua-dua pemimpin itu turut membincangkan mengenai Nusantara, ibu kota Indonesia yang baharu di Kalimantan Timur, dan bagaimana Sabah dan Sarawak boleh memainkan peranan, serta bagaimana perniagaan Malaysia boleh melabur dan membantu dalam pembangunan bandar itu.

“Dengan insentif Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, kami menyaksikan usaha positif dan agresif yang akan memberi manfaat penting kepada ekonomi Malaysia khususnya Sabah dan Sarawak kerana ia adalah wilayah ekonomi yang penting,” kata Anwar.

Semalam, 11 Surat Hasrat (LoI) membabitkan 10 syarikat Malaysia yang berminat untuk terlibat dalam pembangunan Nusantara telah diserahkan dalam Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) dan LoI di sini.

Dalam pada itu, beberapa syarikat lain, termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti FGV Holdings telah menandatangani MoU dengan rakan sejawatan mereka di Indonesia. – The Vibes, 9 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar