web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anwar Sanggup Pertaruh Kedudukan Demi Halang Minoriti Elit Rampas Wang Rakyat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jan 2023 10:09PM

Bercakap kepada rakyat di Kedutaan Malaysia di Jakarta, Indonesia malam ini, Anwar Ibrahim menegaskan, beliau tidak akan berkompromi dengan golongan minoriti elit - Gambar Jabatan Perdana Menteri

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA – Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup mempertaruh jawatannya sebagai Perdana Menteri demi memastikan golongan minoriti elit tidak menggunakan kuasa dan kekayaan mereka untuk kepentingan sendiri, sehingga mengaut keuntungan daripada rakyat.

Bercakap kepada rakyat di Kedutaan Malaysia di Jakarta, Indonesia malam ini, Perdana Menteri menegaskan, beliau tidak akan berkompromi dengan kumpulan terbabit.

“Malaysia mesti bebas daripada ketamakan minoriti elit yang sudah menyalahgunakan kuasa untuk menambah kekayaan sendiri dan kaum mereka. Saya tidak akan berkompromi dalam hal ini, walaupun ia akan merisikokan kedudukan saya.

“Kita semua menyampah dengan mereka yang bercakap soal demokrasi, ketuanan Melayu atau menjadi tiang agama Islam, tetapi mengkhianati tanggungjawab diamanahkan dan menggunakan kuasa untuk merampas kekayaan bukan milik mereka.

“Saya tidak akan menjalankan siasatan terpilih atau pendakwaan terpilih, tetapi Kabinet dan saya percaya pegawai penguat kuasa daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan unit jenayah komersial polis akan membuat tindakan berbeza, malah bersemangat untuk menghentikan budaya ini,” kata Anwar.

Anwar Ibrahim berkata, mustahil untuk memberi tumpuan kepada aspek pembangunan ekonomi selagi rasuah terus menghantui koridor kuasa - Gambar Jabatan Perdana Menteri
Anwar Ibrahim berkata, mustahil untuk memberi tumpuan kepada aspek pembangunan ekonomi selagi rasuah terus menghantui koridor kuasa - Gambar Jabatan Perdana Menteri

Ahli Parlimen Tambun itu menambah, ia adalah langkah penting dalam hasratnya untuk memartabatkan golongan miskin tidak kira bangsa atau agama, biarpun beliau menegaskan Kerajaan Perpaduan pimpinannya mesti melindungi dan mempertahankan hak istimewa serta keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.

Walaupun kebimbangan utamanya adalah berhubung pembangunan ekonomi dan pengagihan kekayaan kepada semua, beliau berkata, mustahil untuk memberi tumpuan kepada aspek itu selagi rasuah terus menghantui koridor kuasa, selain pihak berkuasa menyalahgunakan kedudukan mereka bagi mewujudkan ketirisan dalam perbelanjaan kerajaan.

Anwar turut menjelaskan bahawa pemerhatiannya mendapati, rasuah sudah menjadi budaya dalam masyarakat yang mesti ditangani.

Sementara itu, semasa sesi soal jawab, Perdana Menteri berkata, Kabinetnya mempunyai petunjuk prestasi utama (KPI).

“Jadi, dalam seminggu kita akan mengadakan perbincangan khas menteri Kabinet untuk menentukan dan mendengar input mereka selepas sebulan bekerja.

“Selepas itu kita akan membuat pengumuman mengenai prestasi dan KPI serta mengemukakan harapan daripada setiap menteri,” katanya. – The Vibes, 8 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 6 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad