web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Operasi Aerotrain KLIA Dinaik Taraf Permudah Pergerakan Penumpang - Anthony Loke 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2023 3:15PM

Usaha naik taraf itu turut membabitkan langkah mitigasi dalam tempoh peralihan sistem tersebut. - Gambar daripada KLIA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketidakstabilan perkhidmatan aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan ditangani menerusi projek menaik taraf sistem yang bakal siap dan beroperasi dalam tempoh dua tahun, antaranya mempermudahkan pergerakan penumpang antara terminal. 

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, usaha naik taraf itu turut membabitkan langkah mitigasi dalam tempoh peralihan sistem tersebut, iaitu menyediakan bas pengantara antara terminal utama dan satelit yang beroperasi sepanjang masa, bagi mengurangkan kebergantungan kepada aerotrain. 

Katanya, dengan langkah itu, masa perjalanan di antara dua bangunan adalah empat minit. 

“Masalah paling besar ketika ini ialah ketidakstabilan perkhidmatan aerotrain yang menghubungkan bangunan terminal utama dengan bangunan satelit. 

“Pada ketika ini, hanya satu set aerotrain beroperasi kerana set kedua menghadapi masalah teknikal.  

“Pihak pengurusan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) memang sudah memutuskan projek untuk menaik taraf sistem dan membeli set aerotrain baharu, namun projek itu hanya akan siap dan beroperasi dalam tempoh 24 bulan,” katanya. 

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan selepas mengadakan lawatan kerja ke KLIA untuk memahami keadaan operasi di lapangan terbang berkenaan. 

Loke memberitahu, usaha itu juga menyaksikan lebih banyak bas panjang akan ditambah dalam operasi menjelang bulan Mac, bagi keselesaan dan mengurangkan kesesakan penumpang. 

“Lebih banyak pesawat ‘wide-body’ seperti A350 yang melibatkan penerbangan antarabangsa akan dibenarkan parkir di terminal utama tertakluk kepada kekosongan ‘bay’.   

“Semua penerbangan domestik beroperasi dari terminal utama. Ini dapat mengurangkan penggunaan aerotrain kerana penumpang boleh terus berjalan ke kaunter Jabatan Imigresen dan tempat mengambil bagasi yang terletak di bangunan sama. 

“Hanya penumpang transit perlu mengambil aerotrain atau bas ke terminal satelit,” katanya. 

Dalam pada itu, Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata, semua kakitangan MAHB dan pekerja di kedai jualan (retail shop) di terminal satelit, hanya boleh menggunakan bas pengantara dan tidak dibenarkan menaiki aerotrain, kecuali kru kabin serta juruterbang.  

Ujarnya, lebih ramai kakitangan akan ditempatkan di lokasi tertentu atau ‘check point’ untuk menguruskan pergerakan penumpang, selain membantu mereka yang memerlukan bantuan. 

Beliau turut melahirkan keyakinan dengan komitmen MAHB untuk terus memperbaiki dan meningkatkan mutu perkhidmatan di KLIA serta lapangan terbang lain.  

“Saya tak menafikan kita menghadapi masalah operasi di KLIA, khususnya aerotrain, namun semua pihak yang bertanggungjawab mesti berani menghadapi dan menguruskan masalah tersebut,” katanya. - Getaran, 7 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 6 hari yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

2

Semasa 1 minggu yang lalu

LRT Tergelincir: Tindakan Tegas Perlu Diambil - Loke

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Pemeriksaan Pemilikan Kenderaan Persendirian: Kerajaan Tamatkan Monopoli PUSPAKOM

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pemandu Mabuk, Bawah Pengaruh Dadah - Loke

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad