Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Anwar Beri Signal Jelas Badan Kehakiman Jalankan Tugas Dengan Bebas, Profesional

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2023 9:43AM

Ia penting bagi memberi signal yang jelas kepada rakyat terdapat pengasingan kuasa di antara legislatif, eksekutif dan badan kehakiman. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Hakim Negara dan badan kehakiman perlu diberi ruang untuk menjalankan tugas mereka dengan bebas dan profesional berlandaskan fakta dan hukum, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata ini penting bagi memberi signal yang jelas kepada rakyat bahawa terdapat pengasingan kuasa di antara legislatif, eksekutif dan badan kehakiman dalam menjalankan tugas mengikut kapasiti masing-masing.

“Saya rasa tidak harus perdana menteri itu mencalonkan hakim yang senang dengan dia, walaupun ada satu dua yang saya rasa patut teliti semula, tapi saya fikir lebih baiklah saya beri signal yang jelas beri ruang kepada Ketua Hakim Negara dan badan kehakiman untuk menjalankan tugas mereka dengan bebas dan profesional berlandaskan fakta dan hukum, bukan kerana nafsu, kemarahan ataupun puak,” katanya dalam temu bual Naratif Khas Bersama Perdana Menteri di Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam tadi.

Beliau berkata badan kehakiman yang dulunya tidak diragui dan tidak mungkin disangkal, dianggap berkompromi di bawah penguasaan eksekutif, selain pandangan Majlis Peguam Malaysia dan Suruhanjaya Juri Antarabangsa (ICJ) yang menganggap ada kepincangan dan kelemahan dalam badan kehakiman.

“Tapi kita lihat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ada perubahan dan pelantikan badan kehakiman umpamanya, saya belum pernah campur satu pelantikan pun sekali. Saya ikut proses Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) dan kemudian Ketua Hakim Negara mengemukakan (nama) dan saya terima,” katanya.

Mengenai isu rasuah dan integriti, Anwar berkata beliau telah memberikan kelonggaran kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk bertindak menyiasat sepenuhnya, bermula dari peringkat atasan. 

 “Saya beritahu kepada pihak penguatkuasaan harus tegas tidak kira ...(sesiapa pun) dan kepada rakan-rakan Jemaah Menteri pun, saya setiap minggu pesan bahawa saya tidak pertahankan andai kata ada kesilapan ataupun bukti tentang amalan memunggah kekayaan negara,” katanya.

Beliau juga berkata berdasarkan kes di negara ini, terdapat  ‘ikan bilis’ dan ‘jerung’ yang telah ditangkap dan dipenjarakan kerana isu terbabit dan percaya ada banyak lagi kes seperti itu berlaku.

“...yang agak memualkan saya ialah kita ada pengalaman di mana ‘orang besar’ pun sudah ditangkap tetapi belum ada pengajaran. Kalau lihat umpamanya fail-fail (isu) tebatan banjir, Menara Kuala Lumpur dan Jana Wibawa, setiap kes itu ada sahaja percubaan pemunggahan kekayaan oleh tokoh-tokoh itu.

 “Jadi dalam kesempatan sedia ada, insya-Allah saya akan pastikan ada tindakan supaya dijadikan pengajaran kepada mereka yang lalu dan yang sekarang,” katanya. 

Menjawab kritikan sesetengah pihak kononnya pendekatan sedemikian berunsur politik dendam, Anwar berkata ia hanya dianggap begitu jika ada ‘orang takut disiasat.’

Katanya beliau tidak pernah masuk campur malah telah memberi arahan yang jelas kepada SPRM bahawa kerajaan pimpinannya tidak mahu bersikap menutup kes atau memilih dalam soal siasatan.

“...tetapi sepertimana yang kita lihat, umpamanya yang berlaku sekarang ialah beberapa langkah untuk terus menyiasat tapi terus ada tuduhan seolah-olah ini balas dendam.

“(Hakikatnya) kalau kita tidak buat apa-apa, mereka kata ini bukan tadbir urus yang baik, mahu menutup kes rasuah yang besar, tapi bila kita ambil tindakan, mereka kata ini politik untuk menekan pihak tertentu,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Perlu Tadabbur, Fahami Gesaan Al Quran - PM

2

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

3

Ekonomi 1 hari yang lalu

NCER Disasar Catat RM367.8 Bilion Pelaburan Direalisasi Menjelang 2030 - PM

4

Semasa 3 hari yang lalu

Stoking Tertera Kalimah Allah: Kerajaan Beri Laluan Penuh Polis Siasat, Tiada Campur Tangan

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Muhyiddin Fail Permohonan Cabar Keputusan Mahkamah Rayuan Mengenai Salah Guna Kedudukan

Semasa 14 jam yang lalu

Bergelap Pula, Baru Nak Beli Baju Raya

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

6 Warga Asing Ditahan Dalam Operasi Di Kondominium Mewah

Semasa 10 jam yang lalu

Lelaki Myanmar Dan Bangladesh Disyaki Dalang Utama Sindiket Pekerja Asing Ditahan