web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


FDI Penting Tetapi Dasar Modal Tidak Seharusnya Memihak Kepada Kelompok Berkepentingan - PM Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2023 7:00AM

Kerajaan bertanggungjawab memastikan rakyat didedahkan dengan pemahaman mengenai setiap kontrak, projek dan dasar yang diperkenalkan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tumpuan untuk menarik pelaburan langsung asing (FDI) adalah penting bagi ekonomi Malaysia namun kerajaan perlu sentiasa menjaga dan mengawal dasar modal agar tidak memihak kepada kelompok berkepentingan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaburan asing penting bagi sesebuah negara dagang seperti Malaysia dan tidak dinafikan ekonomi negara telah banyak berkembang sekitar tahun 80-an dan 90-an terutamanya, menerusi kemasukan FDI.

Beliau berkata kemasukan pelaburan asing memberi faedah kepada ekonomi melalui peluang pekerjaan, kenaikan pendapatan rakyat dan menjana pendapatan kepada negara.

“(Bagaimanapun) negara perlu membuat pilihan yang bijak sama ada (menjana) pendapatan yang besar untuk (tujuan) apa? Nak bina projek mega dan gedung atau nak menjaga masalah rakyat terutama dalam bidang pendidikan, kesihatan dan infrastruktur asas.

“Bagi saya tumpuan kita adalah menarik pelabur, ini sangat penting bagi Malaysia. Kelulusan mesti cepat, dasar mesti jelas, dan mesti pro-peniaga, tetapi menjaga dan mengawal supaya dasar modal (kapitalisme) jangan memihak kepada kelompok mereka,” katanya dalam program Naratif Khas bersama YAB PM yang disiarkan secara langsung oleh RTM malam tadi.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan mempunyai tanggungjawab dalam memastikan rakyat didedahkan dengan pemahaman mengenai setiap kontrak, projek dan dasar yang diperkenalkan.

Menurutnya, beliau turut mengingatkan tokoh perniagaan dan badan korporat menerusi sesi dialog bersama bahawa kerajaan berperanan menjana pertumbuhan negara namun dalam masa yang sama turut bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat termasuk nasib para pekerja.

Berhubung soalan memperkasakan imej Malaysia di persada antarabangsa, Perdana Menteri berkata beliau menerima banyak reaksi positif daripada pemimpin negara-negara Islam, Eropah, dan China susulan peralihan kuasa pentadbiran di Putrajaya.

Anwar berkata tidak dinafikan Malaysia perlu memainkan peranan dalam soal pembelaan nasib rakyat Palestin mahupun isu antarabangsa yang lain namun perhatian kerajaan pada peringkat awal pentadbiran ketika ini adalah menumpukan sepenuhnya kepada isu domestik, ekonomi negara, peluang pekerjaan, kos sara hidup dan perumahan rakyat.

“Kalaupun saya terpaksa ke Indonesia, kemudian ke Brunei dan negara-negara jiran (yang lain), ini adalah kerana mempertahankan semangat kejiranan yang dilakukan oleh setiap pemimpin baru untuk melawat dan menzahirkan semangat persahabatan diantara negara,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 3 minggu yang lalu

Tekanan Industri, Ekonomi Semakin Meruncing, Konflik Global Ancam Sektor Pengeluaran

2

Ekonomi 1 bulan yang lalu

Tekanan Pasaran Kian Meningkat, Amalan Pengendalian Kargo Jadi Kebimbangan

3

Ekonomi 4 bulan yang lalu

AMCRA Mampu Ubah Struktur Industri Pemulihan Kredit, Bantu Lindungi Maruah Peminjam

4

Ekonomi 4 bulan yang lalu

Penubuhan AMCRA Langkah Penting, Wujud Interaksi Profesional Antara Pemiutang Dan Peminjam

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 32 minit yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar