web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pengunjung Kedai Ikan Bakar Teruja Kehadiran Anwar, ‘Memang Terbaiklah PM Kita’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2023 3:17PM

Tangkap layar dari video di laman Facebook Anwar Ibrahim menunjukkan beliau tiba di Medan Selera Tanglin hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menikmati makan tengah hari bersama orang ramai di Medan Selera Tanglin hari ini, sebelum menunaikan solat Jumaat.

Beliau diiringi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar; Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil serta Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Terdahulu, Perdana Menteri yang tiba di medan selera berkenaan dengan mengenakan baju Melayu hijau lengkap bersamping pada kira-kira jam 12.50 tengah hari, dilihat bersalaman dengan pengunjung di premis popular dengan juadah ikan bakar itu.

Kehadiran Anwar nyata mengujakan orang ramai apabila mereka mengambil peluang bersalaman dan merakamkan foto serta video.

Beliau kemudian turut berkongsi perkara itu menerusi video di Facebook.

Selesai menjamu selera, Anwar dan tetamu kenamaan menaiki buggy ke Masjid Bukit Aman untuk menunaikan solat.

Manakala menurut laporan media, pemilik Pak Din Ikan Bakar Tangling, Zainuddin Abdullah, 70, berkata, dia tidak menyediakan sajian istimewa, sebaliknya hidangan ikan bakar yang menjadi juadah sering dinikmati pengunjung.

Zainuddin berkata, perancangan kehadiran Perdana Menteri ke premisnya dimaklumkan pegawai pemimpin itu semalam.

“Pegawai beliau memaklumkan tidak mahu persiapan beria-ria sangat sebab nak makan bersama rakyat.

“Antara lauk ikan bakar kegemarannya yang mahu dimakan Perdana Menteri, berdasarkan maklumat pegawai itu ialah Ikan Jenahak, Siakap, Pari, selain Sotong,” katanya yang sudah 40 tahun berniaga di situ.

Sementara itu, menerusi tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap mesra rakyat Perdana Menteri.

Mereka turut mengatakan amalan beliau yang dilihat menjadikan pertemuan dengan rakyat sebelum menunaikan solat Jumaat, sebagai aktiviti mingguan cukup baik bagi mendekati rakyat.

“Memang terbaik lah PM DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) kita, setiap Jumaat keliling negara untuk solat Jumaat sambil-sambil jumpa masyarakat, Alhamdulillah,” kata Sam.

“Perdana Menteri terbaik setakat ini. Semoga Tuhan merahmati anda,” ujar Kumaraguru.

“Semoga Allah memberi kekuatan kepada DSAI untuk berkhidmat kepada agama dan negara,” komen Mudzir.

“Gembira sangat dapat PM yang macam ni, berjiwa rakyat, semoga DSAI dipermudahkan segala urusan, amin, terbaiklah,” tulis Rosada. - Getaran, 6 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 2 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar