web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MINDEF Akan Realisasikan Projek LCS, Kukuhkan Pertahanan Negara - Mohamad

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2023 9:15PM

Misi MINDEF adalah untuk menyempurnakan pembinaan kapal berkenaan menjelang 2024. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan (MINDEF) akan merealisasikan pembinaan projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) demi mengukuhkan pertahanan dan perairan negara.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata misi MINDEF adalah untuk menyempurnakan pembinaan kapal berkenaan menjelang 2024.

“Pertimbangan kami berdasarkan komersial semata-mata. Kita nak pastikan kapal ini siap. Tak dapat enam, dapat empat pun sudah cukup asalkan siap semasa saya berada di MINDEF ini.

“Saya akan meneruskan usaha-usaha yang dilaksanakan MINDEF, Angkatan Tentera Malaysia, pelbagai agensi lain serta Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera dalam merealisasikan penyiapan LCS ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Majlis Amanat Menteri Pertahanan 2023 di Wisma Pertahanan, di sini,hari ini.

Mohamad berkata beliau telah mengadakan rundingan dengan Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi dan MINDEF supaya dapat menerangkan keadaan sebenar berhubung isu LCS.

“Kami tidak berminat untuk menuduh sesiapa atau membelakangi seseorang, (tetapi) apa yang saya mahu melihat adalah kapal berada atas air menjelang Julai 2024,” katanya.

Sementara itu, Mohamad berkata pembangunan keupayaan dan kapasiti pertahanan akan diteruskan dengan jangkaan peruntukan kerajaan kepada MINDEF sebanyak RM17.4 bilion kepada belanja mengurus dan belanja pembangunan.

“Sebanyak 281 perancangan perolehan dengan unjuran nilai RM8 bilion bagi pelaksanaan pembekalan alat ganti dan penyelenggaraan aset ketenteraan ATM. 

“Antaranya Meriam 155 milimeter Self Propelled Howitzer, pasang pulih KD Laksamana, KD Jerai dan KD Lekir untuk TLDM serta penyelenggaraan pesawat C130 dan pembekalan alat-alat ganti pesawat-pesawat TLDM.

“Ia juga bagi meneruskan agenda perancangan perolehan Maritime Patrol Aircraft dan Medium Altitude Long Endurance Unmanned Aircraft System dan Light Combat Aircraft selain memastikan keutamaan perolehan Littoral Mission Ship dapat dipertimbangkan Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi,” katanya.

Beliau berkata kesemua projek yang dirancang mesti disegerakan terutamanya yang melibatkan peruntukan secara one-off atau program khusus yang wajib dibayar pada tahun semasa. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 2 tahun yang lalu

GSC Umum Perancangan Baharu, Mahu Pelanggan Nikmati Pengalaman Indah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

1 Ramadan Ditetap 12 Mac - Syed Danial

3

Semasa 2 tahun yang lalu

97.8 Peratus Projek Penyelenggaraan Tandas Sekolah Siap Sepenuhnya

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pelbagai Inisiatif, Insentif Menerusi Belanjawan 2024 Bakal Manfaatkan Rakyat Tahun Ini - Pakar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad