web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anggota RELA Kawal Sempadan Bakal Dibekal Senjata Api, Kegunaan Ikut Keperluan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2023 4:59PM

Saifuddin Nasution Ismail - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGI - Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang dikerah membantu Pasukan Gerakan Am (PGA) untuk mengawal sempadan negara akan dibekalkan dengan kelengkapan senjata api.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bagaimanapun berkata, kelengkapan itu hanya akan diberikan mengikut keperluan operasi.

Menurut beliau, ketika ini langkah meletakkan anggota RELA untuk bertugas mengawal sempadan negara masih belum dilaksanakan.

"Asalnya dahulu anggota RELA, senjata duduk dengan dia, sekarang ini walaupun ada kes terpencil, jabatan itu ambil keputusan agar anggotanya tidak boleh pegang senjata sepanjang masa. 

"Amalan sekarang mereka sudah ada stor senjata, jadi apabila ada operasi dibuat dan memerlukan penggunaan senjata seperti keperluan bertugas menjaga sempadan, anggota RELA boleh mengakses kepada senjata api," katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan dan mendengar sesi taklimat di Ibu Pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di sini hari ini.

Mengulas keengganan segelintir pihak menyetujui kerjasama antara RELA dan PGA, Saifuddin berkata, aspek itu memiliki kelebihan dan kekurangan tersendiri.

Memutuskan tidak mahu berdebat mengenai perkara tersebut, beliau menegaskan, tumpuan penuh akan diberikan kepada pelbagai agenda yang sudah disusun dan dirancang untuk dilaksanakan kementerian.

“Ada pro and kontranya. Saya tidak akan masuk dalam debat yang macam itulah, buat masa sekarang aturannya begitu," katanya.

Terdahulu, Saifuddin dilaporkan berkata, RELA akan menggerakkan 500 anggota bermula tahun depan untuk membantu PGA mengawal keselamatan di lima lokasi sempadan, bagi mengelakkan ia diceroboh.

Beliau berkata, ia adalah sebagai sambungan kepada projek rintis sebelum ini yang melibatkan 90 anggota RELA sejak November 2020.

Jelasnya, anggota terbabit akan ditempatkan di lima sempadan negeri iaitu Sabah, Sarawak, Kelantan, Selangor dan Perlis.

“Ia sebahagian daripada usaha untuk mengangkat peranan jabatan terbabit,” katanya. - Getaran, 5 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

2

Semasa 3 minggu yang lalu

‘Pengedaran Dadah Di Langkawi Bukan Seperti Sindiket Pablo Escobar’ - Saifuddin

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemegang MyKad Lama Tidak Diwajibkan Tukar MyKad Baharu Menjelang 1 Jun - Saifuddin

4

Semasa 1 bulan yang lalu

MyKad, Pasport Baharu Dilancar Jun Depan - Saifuddin Nasution

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 minit yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad