web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Muhammad Sanusi Akan Jumpa PM Beri Penerangan Projek Kedah Aerotropolis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2023 8:45PM

Muhammad Sanusi Md Nor - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat untuk memberikan penerangan secara terperinci mengenai projek Kedah Aerotropolis.

Beliau berkata pertemuan itu perlu diadakan kerana difahamkan Perdana Menteri beranggapan bahawa projek yang ingin dilaksanakan itu akan melibatkan peruntukan daripada kerajaan Persekutuan.

Muhammad Sanusi berkata ini kerana Kedah Aerotropolis akan melibatkan pelaburan pihak swasta melalui konsep inisiatif kewangan swasta (PFI) dan tidak melibatkan pembiayaan kerajaan Persekutuan.

“Saya telah mengarahkan KXP Airport City Holding Sdn Bhd untuk mengatur pertemuan dengan Perdana Menteri kerana difahamkan beliau masih belum mendapat gambaran penuh mengenai projek berkenaan dan beranggapan projek itu akan menggunakan pembiayaan daripada kerajaan Persekutuan.

“Kalau guna wang kerajaan Persekutuan, dalam keadaan kantung kewangan yang kurang memberangsangkan, mesti keputusan yang diberikan adalah untuk menangguhkan projek berkenaan.

“Sebab itu, saya mahu berjumpa dan memberi penjelasan sepenuhnya,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Dilaporkan, antara komponen dalam projek mega Kedah Aerotropolis ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP).

Muhammad Sanusi berkata untuk menjalankan projek itu, kerajaan negeri perlu mendapatkan kebenaran kerajaan Persekutuan khususnya melibatkan urusan pengambilan tanah manakala bidang kuasa untuk membangunkan projek berkaitan lapangan terbang terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan.

“Dua minggu lepas, kita telah menjalankan temu duga dan sesi penilaian kepada syarikat-syarikat yang berminat untuk membangunkan Kedah Aerotropolis dan dua syarikat telah disenarai pendek. Ada beberapa lagi aspek teknikal yang akan dikenal pasti untuk syarikat berkenaan penuhi.

“Jadi, kerajaan negeri berharap kerajaan Persekutuan dapat memberi sokongan supaya projek itu dapat dilaksanakan dan membawa keuntungan kepada kemajuan ekonomi di Kedah dan negeri-negeri utara yang lain,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad