web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anwar Terima Panggilan Daripada PM Pakistan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2023 2:16PM

Tangkap layar video perbualan Anwar bersama PM Pakistan Shehbaz Sharif.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima panggilan telefon daripada Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif pada Rabu.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Anwar berkata beliau dan Shehbaz memperbaharui komitmen untuk meneroka potensi kerjasama baharu antara Malaysia dan Pakistan dalam pelbagai lapangan termasuk perdagangan dan pelaburan, pendidikan, pertahanan, kebudayaan serta hubungan antara rakyat.

“Saya turut menzahirkan kesediaan supaya Malaysia meningkatkan hubungan dua hala ke tahap yang lebih tinggi dengan Pakistan termasuk menerusi mekanisme Mesyuarat Suruhanjaya Bersama,” katanya.

Anwar berkata Malaysia dan Pakistan terus memperkukuh kerjasama dua hala sejak peningkatan tahap hubungan antara kedua-dua negara kepada Perkongsian Strategik pada 2019.

Pakistan merupakan rakan dagang penting di Asia Selatan dengan nilai dagang dua hala mencecah US$1.42 bilion pada tahun 2021.

Anwar juga memuat naik video perbualan telefon itu di Facebook, di mana Shehbaz mengucapkan tahniah atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke 15 dan turut menyatakan keyakinannya terhadap kepimpinan Anwar. 

“Penghormatan bagi anda bukan sahaja daripada kaca mata rakyat Malaysia dan Pakistan tetapi juga dari seluruh dunia, disegani dan memang diketahui,” katanya.  

Shehbaz juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan rakyat Malaysia kerana membantu rakyat Pakistan yang terkesan dengan banjir yang melanda negara itu baru-baru ini.

Anwar pula berkata beliau berharap hubungan mesra dan persaudaraan, termasuk hubungan peribadi dan antara kedua-dua negara itu, akan terus berkembang.

“Keutamaan kita adalah hubungan bersejarah antara Malaysia dan Pakistan yang telah lama terjalin ... ia bukan sahaja terhad kepada perdagangan dua hala semasa tetapi juga daripada segi budaya, fahaman Islam dan falsafah yang telah banyak memanfaatkan kita,” kata Anwar. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 50 minit yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad