web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penggunaan Pelitup Muka Mampu Tingkat Keyakinan Pelanggan, Tambah Baik Tahap Kebersihan F&B

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2023 7:00AM

Penggunaan pelitup muka akan dilaksanakan secara berperingkat dalam kalangan pengusaha F&B oleh PBT di Selangor. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penggunaan pelitup muka dalam kalangan pengusaha makanan dan minuman (F&B) secara berperingkat oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor bukan sahaja memberi imej yang bersih kepada negeri tersebut, tetapi juga menambah baik tahap kebersihan di setiap premis makanan. 

Bagaimanapun, Pakar Kesihatan Awam (Epidemiologi dan Biostatistik) dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Malina Osman berpendapat, pemakaian pelitup muka boleh dijadikan sebagai opsyen dan tidak diwajibkan untuk kes tertentu.

Menurut beliau, pengecualian ini termasuk melibatkan dengan ruang penyediaan dan pengudaraan yang baik, selain pengendali makanan itu sendiri mematuhi prosedur operasi standard (SOP) penyediaan makanan. 

“Untuk ruang penyediaan makanan dengan pengudaraan sedia ada yang baik serta pengendali makanan patuh pada SOP penyediaan makanan, pemakaian pelitup muka boleh dijadikan sebagai opsyen, bukan kewajipan.

“Tiada data menunjukkan penyakit bawaan makanan seperti keracunan makanan disebabkan oleh pengendali makanan tidak memakai pelitup muka,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi. 

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas saranan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari untuk penggunaan pelitup muka dalam kalangan pengusaha F&B dilaksanakan secara berperingkat oleh PBT di negeri terbabit.

Amirudin berkata, pemakaian pelitup muka oleh golongan peniaga F&B dilihat sebagai langkah yang bagus bagi menimbulkan keyakinan pelanggan ketika penyediaan makanan atau minuman.

Pelaksanaan tersebut bagaimanapun masih belum diputuskan oleh kerajaan negeri kerana ia melibatkan beberapa pertambahan dalam Undang-undang Kecil (UUK) di peringkat PBT.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Malina turut ditanya apakah wajar inisiatif tersebut diperluas ke negeri lain jika ternyata ia membawa manfaat kepada semua pihak. 

“Sama ada perlu diperluas ke negeri-negeri lain, saya berpendapat kita perlu melihat data dan kajian menyeluruh,” jawabnya. 

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penjaja Dan Perniaga Ampang, Ayob Abdul Majid berkata, pihaknya menyokong penuh saranan Menteri Besar Selangor berhubung pemakaian pelitup muka berkenaan terutama ketika terdapat risiko baharu penularan virus COVID-19 ketika ini. 

Jelas beliau, Selangor merupakan pintu masuk ramai pelawat dan pelancong yang melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang. 

“Kita sedia maklum kes COVID-19 terbaru di China sedang merebak. Untuk langkah awal, kita harus bersedia menempuhnya dengan SOP yang harus diambil berat oleh peniaga di Selangor. 

“Saya juga berharap langkah ini disambut oleh negeri-negeri jiran Selangor dan seterusnya diperluas ke seluruh negara,” katanya.

Beliau juga menegaskan, risiko jangkitan COVID-19 perlu diambil serius kerana membawa natijah yang cukup besar kepada negara dan masyarakat setempat. 

“Saya memang berharap, golongan peniaga mematuhi saranan Menteri Besar Selangor ini,” tegasnya.

Ayob turut memohon pihak PBT dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor agar membuat rondaan di restoran dan medan selera di negeri terbabit bagi memastikan saranan berkenaan dipatuhi. 

“Kita harap peniaga asing tanpa lesen yang banyak di Selangor dipantau oleh setiap agensi terlibat kerana kita lihat dalam waktu wabak COVID-19 yang lepas, ramai kalangan mereka tidak mematuhi SOP ditetapkan oleh pihak berkuasa,” katanya. - Getaran, 4 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

2

Politik 2 tahun yang lalu

PRN: Calon, Petugas Guna Pelitup Muka Jika Ada Gejala Influenza

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Jaringan Kerjasama Antara PBT Negeri Beri Manfaat Kepada Masyarakat

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Tanah Runtuh Wisma YPR: PBT Boleh Minta Pemilik Premis Lantik Perunding

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar