Berita Terkini

12 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Wartawan Pakistan ‘Hilang’ Sudah Dihantar Pulang Sejak Ogos 2022

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2023 8:29PM

Syed Fawad Ali Shah - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAJANG - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan wartawan Pakistan, Syed Fawad Ali Shah yang dilaporkan hilang di Malaysia sejak Ogos lalu telah dihantar pulang ke negara asal.

Beliau berkata, ini susulan kerajaan Pakistan membuat permintaan rasmi melalui saluran diplomatik agar Malaysia membantu mengenal pasti keberadaan individu terbabit dan mengekstradisinya.

“Permintaan itu dibuat oleh Suruhanjaya Tinggi Pakistan kepada kerajaan ketika itu, bukan kerajaan sekarang. Kerajaan perpaduan ini baru berusia sebulan. Ini (permintaan) dibuat lebih awal pada Ogos, dan itu faktanya.

“Bertindak atas perkara ini, kerajaan ketika itu berjaya mengesan Fawad dan pada minggu ketiga Ogos, dia telah dihantar pulang ke Islamabad.

“Itulah statusnya sekarang. Saya boleh mengesahkan berdasarkan rekod rasmi, tindakan yang diambil bersesuaian dengan permintaan yang difailkan oleh kerajaan Pakistan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri taklimat di ibu pejabat Jabatan Penjara, di sini, hari ini.

Kenyataan Saifuddin hari ini menamatkan spekulasi mengenai keberadaan Fawad, dengan isterinya, Syeda, sebelum ini mendakwa diberitahu maklumat mencurigakan mengenai kehilangan suaminya.

Dia memberitahu media minggu lalu, Jabatan Imigresen telah memaklumkan kepadanya bahawa Fawad telah dihantar pulang ke negara asalnya, tetapi Suruhanjaya Tinggi Pakistan kemudiannya menyangkal perkara itu kerana individu terbabit tidak disenaraikan sebagai orang yang dikehendaki.

Sejak itu Syeda merayu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan orang ramai untuk membantu mengenal pasti lokasi Fawad dan mempertemukan semula mereka.

Fawad dilaporkan melarikan diri dari Pakistan dan mendapatkan suaka di Malaysia sebagai pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) sejak 2011, sebelum hilang pada 23 Ogos lalu.

Dia dikatakan melarikan diri dari negara asalnya kerana takut dianiaya selepas secara aktif melaporkan kes rasuah membabitkan pegawai di Pakistan dan kes orang hilang.

Sementara itu, Saifuddin berkata, walaupun media mengenali Fawad sebagai wartawan, kerajaan secara rasmi mengiktirafnya sebagai bekas anggota polis di Pakistan yang mempunyai masalah disiplin.

Beliau berkata, ini berdasarkan notis dikeluarkan oleh Pakistan kepada kerajaan Malaysia yang menyatakan identiti sebenar Fawad.

“Ada dua versi di sini. Media melaporkan dia sebagai wartawan, tetapi versi rasmi dari Pakistan ialah dia bekas anggota polis dengan pelbagai kes. Ini saya petik sumber daripada kerajaan Pakistan.

“Walaupun bekas anggota polis, dia ada keupayaan menulis yang baik. Jadi tulisannya banyak mengkritik kerajaan (Pakistan) yang akhirnya dia digambarkan sebagai wartawan,” katanya.

Sebelum ini, Syeda pernah berkata, dia mengalami keguguran anak pertamanya dengan Fawad, selepas mengetahui kehilangan suaminya itu.

Pasangan tersebut berkahwin dalam satu majlis yang diadakan secara dalam talian pada Januari 2021, sebelum Syeda datang ke Langkawi selama sebulan untuk bertemu suaminya.

Mereka juga sering berhubung setiap hari dan itulah cara Syeda menyedari ada sesuatu tidak kena apabila suaminya gagal dihubungi pada 23 Ogos lalu. – The Vibes, 3 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Imran Khan Dijatuhi Hukuman Penjara 10 Tahun

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Tidak Rasional Tuduh Kerajaan Persekutuan Anak Tiri Negeri Pembangkang - Saifuddin

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Jenazah Wartawan Hiburan Siti Nor Hafiza Tiba Esok

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Wartawan Kritikal Di London, Fahmi Minta Dana Tabung Kasih @HAWANA Disalurkan Segera

Sorotan

1

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

2

Pasangan Suami Isteri, 2 Lelaki Didakwa Perdagang Wanita Malaysia Di Peru

3

Ada Keperluan Pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN

4

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

5

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

6

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

7

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PJMR 2024 Dijangka Catat RM1.6 Juta Nilai Jualan – Ewon

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

Semasa 11 jam yang lalu

NADMA Laksana Pembenihan Awan Di Papar, Lahad Datu Dan Tawau

Semasa 1 hari yang lalu

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM