web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Vaksin AstraZeneca Selamat, Akan Digunakan Untuk Golongan 60 Tahun Ke Atas

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2021 3:56PM

Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Vaksin COVID-19 jenis AstraZeneca adalah selamat dan akan digunakan dalam proses vaksinasi golongan berusia 60 tahun ke atas, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata vaksin berkenaan akan digunakan dalam Fasa 2 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang telah bermula pada 19 April lepas untuk golongan warga emas dan mereka yang mempunyai komorbiditi.

“Saya ingin sahkan vaksin AstraZeneca ini selamat untuk digunakan dan ia berkesan. Kita akan gunakan kepada mereka berusia 60 tahun ke atas dan ia yang paling sesuai,” katanya dalam sidang media mingguan COVID-19 di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) Datuk Dr Hishamshah Mohd Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam)  Datuk Dr Chong Chee Kheong dan Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal, Institut kesihatan Negara (NIH) Dr Kalaiarasu M. Peariasamy.

Malaysia menerima 268,800 dos vaksin COVID-19 jenis AstraZeneca yang diperoleh melalui fasiliti COVAX pada Sabtu lepas.

Dr Kalairasu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pemilihan Calon Vaksin COVID-19 (JKKPCV) Kementerian Kesihatan berkata dari segi praklinikal, vaksin COVID Astrazeneca yang menggunakan platform viral vektor itu adalah baik untuk digunakan bagi mencegah COVID-19.

Menurutnya, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) yang dipengerusikan oleh Dr Adham dan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin telah memohon pendapat jawatankuasa panel diketuai oleh Dr Hishamshah berhubung penggunaan vaksin AstraZeneca itu.

Beliau berkata seramai 22 pakar daripada pelbagai disiplin telah menyertai panel tersebut dan tiga syarat ditetapkan dalam menentukan penggunaan vaksin AstraZeneca iaitu mampu kurangkan kemasukan ke hospital, kurangkan kemasukan ICU (unit rawatan rapi) dan risiko kematian akibat COVID-19.

 Dr Kalairasu berkata setelah meneliti pelbagai jenis data, panel berpendapat yang vaksin AstraZeneca mendatangkan kebaikan dan kes pembekuan darah adalah kurang berlaku.

“Jika dibandingkan risiko dan kebaikan vaksin itu, vaksin berkenaan sesuai digunakan untuk golongan berusia 60 tahun ke atas,” katanya, serta menambah vaksin itu telah mendapat kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) pada 2 Mac lepas.

Dr Kalairasu berkata pihaknya akan meneliti data dari negara lain berhubung penggunaan vaksin AstraZeneca untuk golongan dewasa yang berusia 18 dan 40 tahun ke atas.

“Syor penggunaan vaksin Astrazeneca ini akan disesuaikan semula selepas kita teliti data-data yang ada,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad