web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Warga Kota Tak Gentar COVID-19, Selesa Beriadah Di Luar Rumah

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2021 1:59PM

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR : Pandemik COVID-19 dan bilangan kes yang masih tinggi rupa-rupanya masih tidak cukup menggerunkan segelintir warga kota, apabila mereka dilihat masih ‘selesa’ berada di luar rumah walaupun atas tujuan beriadah. 

Bukit Jalil dan kawasan sekitar pada hakikatnya sudah dikategorikan sebagai zon merah, menandakan jumlah kes positif yang tinggi namun ia tidak menghalang aktiviti orang ramai. 

Meski sudah saban kali diberi ingatan agar berada di rumah jika tidak mempunyai sebarang urusan penting, permintaan itu nampaknya tidak dihiraukan walaupun ia adalah antara langkah penting untuk memutuskan rantaian jangkitan. 

Senario ini juga seolah memberi gambaran, pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP 2.0) tidak bermakna kerana orang ramai masih bebas bergerak. 

Notis penutupan kawasan rekreasi di sekitar Stadium Nasional Bukit Jalil
Notis penutupan kawasan rekreasi di sekitar Stadium Nasional Bukit Jalil

Tinjauan Getaran di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini mendapati, lokasi terbabit dipenuhi penduduk setempat yang asyik beriadah walaupun lokasi itu sebenarnya ditutup kepada orang ramai. 

“Sampai bila nak takut? Saya dah lali. Letih. Sampai bila hendak berkurung?

“Saya mahu kurus. Kalau asyik terperap dalam rumah sahaja, bagaimana mahu kurus? Saya tak mampu hendak beli mesin treadmill," keluh Shahniza Shamsuddin, seorang pengunjung yang baru sahaja selesai berjoging mengelilingi kawasan stadium tersebut. 

Menurut notis Perbadanan Stadium Malaysia yang ditampal di sekitar pekarangan stadium, kawasan riadah ditutup sepenuhnya kepada orang awam mulai 13 Januari, sebaik PKP 2.0 mula dikuatkuasa. 

Kehadiran orang ramai di premis terbabit menimbulkan  tanda tanya, apabila ia sebenarnya sudah diumumkan sebagai kawasan larangan, susulan kewujudan kes positif COVID-19 di hostel didiami atlet. 

“Kalau diikutkan, orang awam tak boleh masuk kawasan ini sebab ada atlet positif COVID-19. 

 “Saya pun tak faham kenapa ramai yang berani datang beriadah di sini,” kata seorang pekedai runcit. 

Beliau yang enggan dikenali berkata, kedainya dibuka atas permintaan bagi menampung keperluan atlet di hostel berhampiran. 

“Kalau ada polis datang buat rondaan, memang ramai disaman sebab ingkar PKP. Macam kelmarin, ramai yang sudah kena (saman),” tambah beliau. 

Sementara itu, ada juga pengunjung berang apabila didakwa seolah tidak memperdulikan risiko jangkitan COVID-19. 

“Menteri kan dah bagi kebenaran untuk taman riadah dibuka kepada orang awam? Kalau saya amalkan penjarakan sosial apa masalahnya?” bidas seorang pengunjung lelaki yang enggan namanya diambil. 

Kenyataan diberikan lelaki berkenaan secara tidak langsung membuktikan bahawa wujud ketidakseragaman SOP yang sedikit sebanyak, mengelirukan orang ramai. 

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mengumumkan pelaksanaan PKP 2.0 Januari lalu memberitahu, semua taman awam dan pusat rekreasi akan ditutup bagi membantu usaha memutuskan rantaian jangkitan. 

Keputusan berbeza bagaimanapun dilaksanakan Kementerian Wilayah Persekutuan tidak lama selepas itu, apabila menterinya, Tan Sri Annuar Musa memberitahu, taman awam akan dibuka seperti biasa bagi memberi peluang warga kota beriadah. 

“Ke mana mereka nak pergi kalau taman-taman riadah ditutup? Jadi kita telah membuat keputusan taman-taman awam di Kuala Lumpur hendaklah dibuka tetapi dikawal selia. 

“Tidak boleh mengadakan aktiviti yang berkelompok yang boleh menyebabkan kontak rapat. Pintu masuk dan keluar juga mesti diselia. Mereka yang datang ke taman boleh diambil suhunya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook. 

Sementara itu, tinjauan Getaran di beberapa taman awam di sekitar ibu kota sepanjang dua minggu lepas mendapati sejumlah besar pengunjung masih datang secara berkumpulan dan tidak mematuhi penjarakan sosial semasa beriadah. 

Malah ada juga yang tetap datang untuk berjoging di tepian taman walaupun ia sudah ditutup, seperti di Taman Persekutuan Bukit Kiara yang diselia Jabatan Landskap Negara. 

Seorang pengunjung, Ishak Abdul Hamid, yang berusia lingkungan 30an berkata, kerajaan perlu memikirkan pendekatan baharu dengan lebih mengutamakan kepentingan rakyat, dan pada masa sama berupaya membendung penularan COVID-19. 

“Asyik-asyik isytihar PKP. Takkanlah ini sahaja yang kerajaan boleh buat? Sampai bila nak harap PKP?  

“Apa pelan jangka panjang kerajaan? Setiap kali PKP ramai yang hilang kerja. Sekarang buat PKP pun kes masih tinggi. Kalau macam ini, lama-lama orang boleh naik bosan dan menyampah,” tegas beliau. 

Penguatkuasaan semula PKP di enam negeri zon merah COVID-19 yang telah dilanjutkan sehingga 18 Februari, dilaksanakan bagi membendung kenaikan mendadak jangkitan wabak tersebut sejak awal tahun. 

Bagi tempoh 14 hari pertama pelaksanaan PKP 1.0, Malaysia merekodkan 2,118 jangkitan berbanding 49,586 kes untuk tempoh sama ketika PKP 2.0.

Ia adalah pertambahan sebanyak 47,468 kes, satu jumlah yang amat tinggi dan membimbangkan, jika mahu dibandingkan dengan keupayaan jentera perubatan negara ketika ini. 

Sampai bila perkembangan ini akan berterusan, sukar untuk diramalkan kerana segalanya bergantung kepada kesediaan rakyat, termasuk golongan kenamaan dalam mematuhi SOP ditetapkan. - Getaran, 3 Februari 2021 

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Jasad Remaja Maut Ditikam Selamat Disemadikan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Rampasan Dadah KL Meningkat 7 Kali Ganda

3

Semasa 1 tahun yang lalu

SAR Mangsa Tanah Jerlus: 72 Jam Berlalu Tanpa Petunjuk Baharu

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Restoran Nasi Kandar Terbakar, Lelaki Melecur 80 Peratus

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gurauan ‘Tok Undang’: Pegawai MB Negeri Sembilan Tampil Mohon Maaf

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 19 jam yang lalu

Penyertaan Dalam Pas Untuk Perjuangkan Reformasi - Zaid

oleh Sophia Ahmad