web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tiada Tolak Ansur Untuk Kelompok Penguatkuasaan Yang Cuai - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2022 10:17PM

Anwar beri amaran tindakan tegas akan diambil terhadap golongan penguat kuasa yang cuai. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiada tolak ansur akan diberikan terhadap kelompok kecil agensi penguatkuasaan yang cuai dan masih meneruskan ‘adegan lama’, termasuk mengutip habuan bagi diri sendiri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran, kelompok seperti itu perlu dihapuskan pada kadar segera.

Menurut beliau, beberapa perubahan telah dilihat berlaku sejak beliau mengepalai pentadbiran negara sebulan lalu, namun masih ada agensi penguatkuasaan yang cuai.

“Sebulan berlalu setelah saya mengambil alih kepimpinan negara ini. Ada perubahan, tetapi ada bidang-bidang penguatkuasaan iaitu kelompok kecil yang masih cuai dan meneruskan adegan lama mengutip habuan, menetapkan kos tambahan dan menentukan ada hadiah-hadiah besar.

“Saya memohon kerjasama sepenuhnya (daripada semua pihak) kerana percayalah saya tidak akan bertolak ansur dengan segala kecuaian yang telah merobohkan dan merosakkan negara ini selama ini,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika menyampaikan amanat khas pada program Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 di Masjid Putra, Putrajaya malam ini.

Anwar menambah, beliau berharap ada keinsafan dalam kalangan kelompok kecil berkenaan namun sekiranya tidak, tindakan tegas dan keras akan diambil terhadap mereka.

Beliau turut mendedahkan, terdapat juga suara mempertikaikan langkah tegas tersebut.

“Dan saya fikir (pertikaian ini) biasa. Saya sebut dan popularkan istilah pertanggungjawapan demokrasi (democratic accountability),” katanya.

Sementara itu, Anwar berkata, beliau juga tidak mahu melihat kepincangan politik berlarutan, seolah-olah pimpinan politik itu merupakan satu kesempatan untuk memunggah kekayaan.

Beliau menarik perhatian, terdapat serangan mengatakan seolah-olah ada pihak dalam kerajaan terpalit dengan hal sedemikian.

“Saya hendak sebut bahawa sikap kita jelas, negara ini negara hukum, badan penguatkuasaan diberi kuasa sepenuhnya memantau. Sebab itu (perlu ada) budaya kesederhanaan dan jangan ada pembazir. Pemantauan terhadap semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan perbelanjaan mereka diteruskan.

“Tetapi saya juga hendak menasihatkan rakan-rakan saya lain yang bercakap soal bersih dan saban hari menyerang beberapa tokoh dalam kerajaan perpaduan, apatah lagi orang yang pernah menjadi Menteri Kewangan dan Perdana Menteri,” katanya.

Tegas Perdana Menteri, pihak yang berkuasa itu selama ini telah memungut berbilion ringgit.

“Saya akan pastikan sekurang-kurangnya sebahagian daripada  dana yang ‘dipunggah’ itu dipulangkan kepada rakyat yang jumlahnya bukan kecil,” katanya. - Getaran, 31 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 8 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad