web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tumpuan Kerajaan Tingkatkan Keyakinan Semua Pihak, Tarik Pelabur Asing

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2022 9:16PM

Anwar berkata tumpuan pentadbirannya adalah mempercepat proses kelulusan dengan jaminan kepada golongan pelabur bahawa Malaysia bukan tempat untuk pemimpin menggondol kekayaan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tumpuan kerajaan perpaduan ketika ini adalah untuk meningkatkan segala usaha bagi mengukuhkan keyakinan semua pihak terhadap kestabilan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha itu adalah untuk menjamin kepercayaan dalam sistem politik, tadbir urus dan tatakelola yang lebih baik serta bersih daripada rasuah serta penyalahgunaan kuasa.

“Sudah tentunya untuk awal tahun depan kita dapat senarai pelabur dari Eropah, Amerika Syarikat, China dan India serta beberapa negara sekitar ASEAN yang akan hadir melihat sendiri perkembangan di Malaysia.

“Kita harapkan ada tumpuan baharu yang boleh meningkatkan dan memacu pertumbuhan ekonomi yang meyakinkan.

“Ini perlu kerana Malaysia ini adalah negara perdagangan. Selama ini (negara) mencatat kadar pertumbuhan ekonomi itu adalah berdasarkan usaha kita menerima pelaburan dalam negara dan juga luar negara,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika menyampaikan amanat khas pada program Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 di Masjid Putra, Putrajaya malam ini.

Perdana Menteri yang lengkap berbaju Melayu berwarna krim dan bersamping dilaporkan tiba di masjid tersebut pada jam 6.21 petang.

Hadir mengiringi beliau ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan barisan menteri Kabinet.

Selain kestabilan politik dan tadbir urus serta tatakelola lebih baik, Anwar menambah, tumpuan pentadbirannya adalah mempercepat proses kelulusan dengan jaminan kepada golongan pelabur bahawa Malaysia bukan tempat untuk pemimpin menggondol kekayaan.

“Bukan mencari helah menerima komisen tetapi berkhidmat ‘lillahi taala’, dengan ikhtiar kita untuk menjana keuntungan dan memberi kebajikan serta berkhidmat kepada rakyat.

“Ini dilakukan dari segi peluang pekerjaan, dari segi kemudahan lain supaya negara kita dapat mencatat sesuatu kadar pertumbuhan yang akhirnya dapat beri kesan kepada rakyat,” katanya. - Getaran, 31 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad