web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Semak Semula Akta Lapuk Media - Tokoh Wartawan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2022 7:04AM

Mengambil contoh Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Johan Jaafar berkata akta berkenaan antaranya yang dilihat kini sudah tidak relevan untuk diaplikasikan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Kerajaan perlu menyemak semula akta-akta lapuk berkaitan profesion kewartawanan bagi membawa pembaharuan dalam landskap media tempatan, cadang Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaafar. 

Mengambil contoh Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, beliau berkata akta berkenaan antaranya yang dilihat kini sudah tidak relevan untuk diaplikasikan, tambahan dengan penyebaran berita kini juga banyak menggunakan media sosial.

"Kini kita ada sosial media yang mempunyai kelebihan masa nyata (real-time), berbeza dengan media arus perdana yang mengambil masa (untuk diterbitkan) dan perlukan tapisan. Ertinya saat ini, Malaysia perlukan undang-undang khusus bagi melindungi dan memberikan kebebasan media.

“Kita punyai banyak undang-undang sedemikian namun ia sudah lama dan lapuk. Harus diteliti semula dan jika perlu, mansuhkan," katanya selepas melancarkan portal berita dalam talian,  ApaKhabarTV, di sini, hari ini.

Majlis tersebut turut dihadiri bekas Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datuk Seri Azman Ujang dan jurucakap ApaKhabarTV, Rashid Yusof.

Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 diperkenal antara lain bagi mengawal pengeluaran lesen mesin cetak serta permit penerbitan untuk pelbagai media cetak termasuklah akhbar parti politik dan akhbar harian.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute (MPI), Datuk Dr Chamil Wariya mencadangkan agar satu undang-undang diwujudkan bagi mengenakan cukai terhadap syarikat teknologi gergasi antarabangsa seperti Google dan Yahoo yang beroperasi dalam negara.

Katanya, pelaksanaan itu dilihat wajar dan cukai yang diperolehi kelak dapat disalurkan kepada agensi dan portal media tempatan, memandangkan syarikat teknologi gergasi ini juga menggunakan kandungan media tempatan.

Sementara itu, mengulas mengenai ApaKhabarTV, Azman berkata pelancaran portal berita itu dilihat berpotensi membuka ruang kerjaya baharu bagi profesion kewartawanan sekali gus optimis bahawa ia mampu memberi impak positif kepada landskap media negara.

"ApaKhabarTV ini juga melibatkan barisan wartawan veteran dan bagi saya ini merupakan satu langkah yang baik. Ia memberi ruang kepada kita (wartawan) yang mungkin sudah bersara untuk menulis...dan ini buatkan saya yakin dengan kualitinya," katanya.

Sementara itu, Rashid berkata portal berita itu memberi fokus pada penulisan artikel yang mengulas pelbagai topik menarik dan kritikal melibatkan isu dalam dan luar negara oleh barisan kolumnis daripada pelbagai latar belakang dan kepakaran.

"Kita mahukan sehingga tiba masanya Malaysia mempunyai satu platform (berita dan informasi) yang menyeluruh hingga ke peringkat antarabangsa. Kita juga sasarkan supaya orang luar juga kenali Bahasa Melayu," katanya.

ApaKhabarTV yang mengorak langkah pada 2017 itu diterajui beberapa pengamal media veteran antaranya Rashid, Badrolhisham Bidin dan Datuk Badrul Hisham Othman. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Agenda Pemantapan Tatakelola, Integriti Jadi Asas Utama SPRM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Bakal Sertai Acara Berkaitan Ramadan Di Jerman

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Perlu Wujud Akta Baharu Berkaitan Kemudaratan Jenayah Dalam Talian - Fahmi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Media Perlu Sebar Luas Berita Yang Benar, Bantu Peranan Agensi Agama - Mohd Na'im

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 21 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad