web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anwar Tandatangani Semula Plak Masjid, Disifatkan Pemimpin Berjiwa Rakyat, Merendah Diri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Dec 2022 3:08PM

Anwar Ibrahim menandatangani plak Masjid Jamek Kampung Melayu Majidee sempena lawatan kerja di Johor Bahru hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Masjid Kampung Melayu Majidee di Johor Bahru, Johor tengah hari ini untuk menunaikan solat Jumaat, cukup mengujakan jemaah di situ.

Beliau diiringi Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan.

Ketika tiba di masjid itu, Anwar turut menandatangani plak perasmian masjid berkenaan.

Anwar dilapor pernah merasmikan pembukaan masjid terbabit pada 21 April 1995, ketika memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Semasa tiba dan selesai solat, beliau menegur mesra jemaah, manakala mereka tidak melepaskan peluang untuk merakamkan gambar kenangan bersama Perdana Menteri.

Terdahulu, Ahli Parlimen Tambun itu disambut Onn Hafiz sebaik tiba di Senai Business Aviation Terminal, Johor pada jam 9.55 pagi.

Anwar kemudian menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar selepas baginda berkenan menerimanya di Istana Bukit Serene.

Kenderaan membawa Perdana Menteri tiba di istana berkenaan pada kira-kira jam 10.30 pagi.

Ini adalah kali kedua Anwar menghadap Sultan Ibrahim dan kali pertama beliau ke negeri berkenaan selepas mengangkat sumpah jawatan pada 24 November lalu.

Pengerusi Pakatan Harapan itu pernah menghadap Sultan Johor tiga hari selepas mengangkat sumpah.

Kali terakhir Anwar ke Johor adalah ketika berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), awal November lalu.

Sepanjang berada di negeri selatan tanah air itu, Anwar dijadual bertemu masyarakat di beberapa kawasan, termasuk ketika makan tengah hari di Restoran Murtabak Kampung Melayu Azo 96, Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru.

Malah, Anwar turut memuat naik video berdurasi 28 minit dan 37 saat, memaparkan aktivitinya di negeri berkenaan sepanjang hari ini menerusi Facebook.

Sejak dimuat naik tengah hari tadi, ia menerima 14,000 tanda suka, 3,800 komen dan lebih 800 perkongsian setakat jam 2.50 petang ini.

Tinjauan di ruangan komen platform itu mendapati rata-rata warga maya menyifatkan Anwar seorang pemimpin berjiwa rakyat.

Mereka berkata, ia dapat disaksikan menerusi sikapnya yang sering bertemu rakyat untuk beramah mesra dan melakukan aktiviti bersama, seperti menjamu selera serta menunaikan solat Jumaat.

Katanya, sikap rendah diri Perdana Menteri jelas kelihatan apabila beliau akan hadir secara bersahaja tanpa diadakan persiapan mewah atau besar-besaran.

“Alhamdulillah, terbaik DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim). Pemimpin berjiwa rakyat, makan di tempat marhean saja, Moga Allah sentiasa merahmati perjuangan DSAI,” kata seorang pengguna, Fatimah.

“DSAI Perdana Menteri World Class. Semoga Perdana Menteri berkelas dunia kita diberikan kesihatan dan dirahmati Yang Maha Esa. Inshaa Allah,” tulis Ijam.

“PMX (PM-10) datang tak payah nak sibuk buat persiapan semuanya perkara biasa dilalui setiap hari, makan digerai je. Sangat bersahaja, terbaik DSAI,” katanya. – Getaran, 30 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad