web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MMC Berperanan Kekang Berita Palsu, Jaga Kebajikan Pengamal Media

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Dec 2022 9:09AM

Azman Ujang berkata penubuhan Majlis Media Malaysia itu juga dilihat mampu memainkan peranan besar dalam menjaga kebajikan pengamal media khususnya dalam era digitalisasi pada masa kini - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penubuhan Majlis Media Malaysia (MMC)  adalah wajar bagi mengekang isu penyebaran berita palsu dan meningkatkan kualiti pelaporan berita oleh agensi media dalam negara.

Bekas Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datuk Seri Azman Ujang berkata penubuhan majlis itu juga dilihat mampu memainkan peranan besar dalam menjaga kebajikan pengamal media khususnya dalam era digitalisasi pada masa kini.

“Saya mahu majilis media ini ditubuhkan dalam negara walaupun perkara ini sebenarnya perlu dilaksanakan dari dahulu lagi, tetapi saya rasa sudah tiba masanya untuk kita benar-benar wujudkan satu badan yang berperanan untuk mengekang berita palsu dan menjaga kebajikan pengamal media.

“Berita palsu ini isu besar, kerana pada hari ini semua individu boleh jadi penulis dengan adanya akses kepada media sosial. Situasi ini berbeza dengan syarikat media yang mempunyai tapisan tersendiri. Jadi ini yang kita kata ‘setback’ yang besar dalam landskap media hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membincangkan mengenai topik cabaran pemberitaan media pada program Ruang Bicara terbitan BernamaTV, malam tadi.

Cadangan penubuhan MMC disuarakan peserta Wacana Hari Wartawan Nasional (Hawana) pada 2018 yang mewakili pelbagai pertubuhan media di seluruh negara.

Pada 5 Disember lepas,  Menteri Komunikasi dan  Digital, Fahmi Fadzil, berkata beliau perlu mendapatkan perincian berhubung cadangan tersebut daripada pengiat industri media khususnya persatuan wartawan.

Dalam pada itu, Azman berkata wartawan generasi baharu juga perlu lebih berketerampilan dan berani untuk membawa dan bertanyakan isu-isu kritikal kepada pihak berkenaan khususnya apabila profesion itu membawa suara-suara rakyat serta membela nasib mereka.

Senada dengannya, Penasihat Portal Berita Bebas News, Datuk Zaini Hassan, berkata penubuhan majlis media dilihat tepat pada masanya bagi melindungi media daripada serangan pihak-pihak tertentu semasa pelaporan berita.

“Di United Kingdom, mereka ada biro aduan media sendiri yang berperanan untuk mendengar kes-kes rakyat melibatkan media. Seperti contoh iklan yang boleh pengaruh kanak-kanak, maka apabila rakyat buat aduan maka majlis media ini akan buat penilian terhadap kes itu.

“Ini adalah bagi mengekang serangan pihak tertentu terhadap media seperti kes saman dan sebagainya. Maka dengan mewujudkan majlis media ini, ia akan menilai dan mendengar kes-kes tersebut dan bukan terus dibawa ke mahkamah,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Pengamal Media Main Peranan Penting Beri Pandangan, Ulasan - PM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Majlis Media Malaysia Tentukan Laporan Beretika Atau Sebaliknya

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pengamal Media Perlu Patuhi Etika, Rujuk Kod Kandungan - Fahmi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

KKD Utamakan Pencapaian Konsesus Berhubung Penubuhan Majlis Media Malaysia

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 10 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar