web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Akta Perubahan Iklim Perlu Dibentang Segera – Pakar Alam Sekitar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2022 9:20AM

Keperluan pembentangan dan pelaksanaan undang-undang baharu itu untuk dilaksanakan segera penting, sejajar isu alam sekitar semasa di seluruh dunia serta rantau ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pakar alam sekitar, Profesor Ahmad Ismail menggesa kerajaan membentangkan cadangan Akta Perubahan Iklim (CCA) secepat mungkin di Parlimen pada tahun depan.

Presiden Persatuan Ekologi Malaysia itu berkata, keperluan pembentangan dan pelaksanaan undang-undang baharu itu untuk dilaksanakan segera penting, sejajar isu alam sekitar semasa di seluruh dunia serta rantau ini.

“Ini perlu dilakukan dengan segera merangkumi semua aspek ekonomi dan industri, perlindungan alam semula jadi dan sisa, kemahuan politik serta penyertaan orang ramai,” katanya kepada The Vibes.

Memaklumkan bahawa undang-undang baharu itu sudah lama tertangguh, iaitu sejak ia dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 dengan kerajaan terdahulu merancang memperkenalkannya pada tahun 2025, Ahmad berkata, adalah penting untuk Kerajaan Perpaduan menyelesaikan perkara terbabit segera.

Pada hujung minggu Krismas, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad menyatakan bahawa beliau komited terhadap beberapa inisiatif utama untuk menangani perubahan iklim, termasuk menggubal undang-undang baharu.

“Saya berhasrat untuk melihatnya,” katanya kepada The Vibes.

Pada masa sama, Ahmad yang sudah menghasilkan lebih daripada 300 kertas saintifik diterbitkan dalam jurnal tempatan dan antarabangsa serta menjalankan penyelidikan, terutama berkaitan ekotoksikologi bahan kimia berbahaya dalam persekitaran marin pantai menegaskan, keperluan untuk mengambil tindakan segera bagi menghentikan kerosakan alam semula jadi, tidak boleh diabaikan.

Dengan kebimbangan semasa di seluruh dunia, undang-undang (baharu) adalah penting untuk merangkumi isu alam sekitar dan isu sedang berkembang pada masa hadapan dengan dibincangkan di peringkat global untuk kehidupan manusia yang lebih baik,” kata ahli biologi alam sekitar itu.

Selepas Persidangan Biodiversiti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Montreal minggu lalu, beliau berkata, cadangan CCA itu perlu selaras dengan perancangan ekonomi negara ini, memandangkan ia saling berkaitan untuk kelestarian kehidupan manusia dan alam sekitar.

Tegasnya, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 juga perlu dikaji semula.

“Saya percaya cadangan CCA sepatutnya lebih besar atau mempunyai skop lebih luas serta bidang kuasa lebih menyeluruh daripada undang-undang alam sekitar. Banyak undang-undang dan peraturan sedia ada perlu diguna pakai supaya pendekatan itu bersepadu,” katanya yang juga felo Akademi Sains Malaysia.

Semalam, pakar pemuliharaan dan wartawan alam sekitar berpengalaman, Nadiah Rosli berpendapat, akta itu perlu memberi perincian mengenai pihak yang akan mengawal selia dan menguatkuasakan undang-undang sebaik ia dilaksanakan.

“Akta itu perlu dibentangkan segera dan ia juga harus bersifat bipartisan. Apabila bercakap mengenai perubahan iklim, ia merangkumi semua sektor, iaitu alam sekitar, isu fizikal dan mental, sumber pendapatan negara, sektor pertanian serta keselamatan makanan,” katanya.

Malaysia kini sedang mengalami satu daripada musim monsun terburuk setakat ini, dengan 121,864 orang kehilangan tempat tinggal di seluruh negara.

Monsun timur laut yang melanda negara pada awal November lalu, dijangka berlarutan selama tiga bulan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali. – The Vibes, 29 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Monsun, Kadar Pertukaran Punca Kenaikan Harga Mendadak Sayur – Kementerian

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Ombak Besar Tarik Minat Peluncur Air Ke Teluk Kalong

3

Jelajah 3 tahun yang lalu

Gyeongsangbuk-Do Dipromosi Sebagai Destinasi Pelancongan Di Korea Selatan

4

Selera 3 tahun yang lalu

Musim 'Rotab' Tiba Awal, Jemaah Haji Berpeluang Nikmati Kurma Ranum, Segar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan