web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ombak Besar Tarik Minat Peluncur Air Ke Teluk Kalong

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Dec 2022 8:04AM

Lagi tinggi ombak membadai, lagi deras cetusan adrenalin untuk menunjukkan kemahiran sebagai si ‘penakluk’ ombak - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CHUKAI - Setiap kali musim Monsun Timur Laut tiba, ombak besar dan angin kencang yang berlaku pastinya meresahkan nelayan pantai, namun buat peminat sukan luncur air, waktu itu sememangnya amat dinantikan.

Bagi mereka, lagi tinggi ombak membadai, lagi deras cetusan adrenalin untuk menunjukkan kemahiran sebagai si ‘penakluk’ ombak.  

Menurut seorang penggemar sukan lasak itu, Kamil Izzat Hazmi Mahmud, 25, beliau sanggup memandu sejauh 333 kilometer dari Damansara, Kuala Lumpur meredah cuaca yang tidak menentu ketika ini, semata-mata untuk ke Teluk Kalong, di sini, bagi ‘menjinakkan ombak ganas’ di pantai itu.

“Kebiasaannya apabila Monsun Timur Laut bermula bulan November hingga Mac, kawasan pantai di negeri Pantai Timur, antaranya Cherating (Pahang) dan Teluk Kalong memang menjadi tumpuan peluncur kerana keadaan ombaknya.

“Saya sendiri mula berjinak-jinak dengan sukan ini pada Disember tahun lepas setelah tertarik dengan kemahiran meluncur ombak yang ditunjukkan oleh rakan semasa kami bercuti di Pantai Cherating sebelum mempelajarinya,” katanya yang juga seorang penggemar sukan papan luncur sejak dari bangku sekolah lagi.

Beliau menyifatkan sukan luncur air lebih selamat dan kurang risiko mendapat kecederaan berbanding sukan papan selaju menyebabkan beliau kini memilih dan jatuh cinta terhadap aktiviti ekstrem itu.

 Bagi mereka yang baru menyertai sukan lasak berkenaan, Kamil turut berkongsi tip dengan menyarankan mereka menggunakan papan jenis soft-top kerana lebih ringan dan mudah terapung.

“Kalau soft-top ini ia lebih lembut dan foamie, malah harganya lebih murah iaitu antara RM800 hingga RM900. Ini berbeza dengan papan jenis hard-top yang kebiasaan harganya kira-kira RM1,000 dan teksturnya lebih licin,” katanya. 

Sementara itu, seorang penggiat sukan itu dari Teluk Kalong Mohammad Nazmie Saidin, 27, berkata sukan itu semakin mendapat tempat dalam kalangan anak muda di kawasan itu menyebabkannya mengambil inisiatif untuk menjadi tenaga pengajar.

Langkah itu bagi melahirkan lebih ramai bakat baharu yang bukan sahaja boleh mewakili negeri Terengganu tetapi juga negara suatu hari nanti.

“Setakat ini saya mengajar secara sukarela untuk anak-anak muda dari kawasan ini sahaja dan tiada bayaran dikenakan. Idea untuk mengadakan kelas ini timbul selepas melihat ramai peluncur senior yang datang melakukan aktiviti itu di sini,” katanya yang mempunyai pengalaman empat tahun dalam aktiviti itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Nasib Baik Tak Kena Telan Sekali...

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Cermin Feri Pecah Dilanda Ombak

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Ajal Masih Panjang

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada Di Terengganu, Pahang, Johor Hingga Esok

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 16 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 11 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad