web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anthony Lakukan ‘Spot Check’ Di KLIA2, Kenal Pasti Beberapa Kelemahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Dec 2022 4:41PM

Anthony menjalankan pemeriksaan itu bagi melihat keadaan di hab pengangkutan awam di Aras 1, KLIA2 selepas mendapat maklum balas daripada orang ramai. - Gambar daripada Facebook Anthony Loke

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Satu lagi pemeriksaan mengejut dilakukan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook pagi tadi, kali ini melibatkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2), Sepang.

Anthony memberitahu, beliau telah menjalankan pemeriksaan itu bagi melihat keadaan di hab pengangkutan awam di Aras 1, KLIA2 selepas mendapat maklum balas daripada orang ramai.

Beliau seterusnya mengenal pasti beberapa kelemahan terutama di ruang menunggu e-hailing yang perlu diperbaiki.

“Salah satu satunya ialah lorong jalan yang tidak rata akibat mendapan tanah yang boleh membahayakan pengguna. Pihak pengurusan telah melantik kontraktor dan kerja menaiktaraf akan dijalankan pada hujung bulan Januari.

“Sistem pencahayaan juga akan ditambahbaik supaya keadaan pada waktu malam lebih terang,” katanya di laman Facebook.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Seremban turut mengajak semua pemegang taruh untuk sentiasa berusaha menambah baik kemudahan dan menceriakan pengalaman pengguna di lapangan terbang.

Anthony sebelum ini meninjau operasi Transit Aliran Ringan (LRT) pada hari pertamanya sebagai Menteri Pengangkutan iaitu pada 5 Disember lepas dan turut meninjau perkhidmatan KTM Komuter pada 15 Disember lepas. - Getaran, 28 Disember 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad