web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Perlu Serius Selamatkan Nyawa Di Jalan Raya - Duta Khas PBB

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Dec 2022 9:26AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan Persekutuan agar serius untuk menyelamatkan nyawa di jalan raya dengan menjadikan keselamatan jalan raya sebagai agenda utama.

“Malaysia mengorak langkah besar dalam keselamatan jalan raya dan menunjukkan sedikit peningkatan tetapi saya masih bergantung kepada kerajaan baharu ini untuk meletakkan keselamatan jalan raya sebagai agenda utama mereka,” kata Duta Khas PBB untuk Keselamatan Jalan Raya, Datuk Seri Jean Todt.

Dalam temubual eksklusif bersama The Vibes, ikon keselamatan jalan raya global itu turut menggesa Malaysia supaya menerima komitmen kukuh untuk menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan bagi menangani jumlah kematian jalan raya yang tinggi dan mengurangkan kadar kemalangan.

“Tiada gunanya mempunyai undang-undang jika kadang-kadang anda tidak menguatkuasakannya.

“Ya, undang-undang ada di luar sana dan ia perlu dikuatkuasakan.”

“Anda (kerajaan) mungkin tidak popular tetapi akhirnya, anda akan menjadi popular kerana anda menyelamatkan nyawa di jalan raya.

“Malaysia (situasi) hampir serupa dengan beberapa negara Eropah dan Australia kira-kira 30 atau 40 tahun lalu sehingga mereka memutuskan untuk meletakkan keselamatan jalan raya sebagai agenda utama dan menanganinya,” katanya sambil menambah penguatkuasaan yang ketat juga perlu disokong dengan pendidikan.

Dilahirkan pada Februari 1946, di Pierrefort, Perancis, Todt dibesarkan di Bezons yang terletak di barat Paris.

Bapanya seorang doktor dan dia menggunakan Mini Cooper milik bapanya untuk memandu laju.

Dia kemudian menyedari bahawa dirinya tidak akan menjadi juara dunia dan mengambil keputusan menjadi pembantu pemandu rali selama 17 tahun kerana dia mempunyai kemahiran organisasi dan strategik.

Mengakui Malaysia mempunyai infrastruktur jalan raya yang lebih baik berbanding negara lain di rantau ini, Todt berkata, adalah penting bagi negara ini melaksanakan pemantauan had laju yang berkesan dan meningkatkan penguatkuasaan di kawasan lain.

“Juga tingkatkan aktiviti penguatkuasaan untuk orang ramai menggunakan tali pinggang keledar di hadapan dan belakang (tempat duduk), mengambil tindakan terhadap pemanduan di bawah pengaruh dadah dan alkohol serta pemanduan terganggu seperti menghantar mesej teks semasa memandu.

“Kita tidak boleh lupa bahawa kemalangan jalan raya, kematian dan kecederaan boleh menyebabkan kerugian besar kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK), mencecah tiga peratus hingga 5 peratus. Jadi, jika kerajaan serius tentang keselamatan jalan raya, ia akan mengurangkan sedikit mangsa kemalangan jalan raya dan mengurangkan kos kerajaan,” katanya.

Berdasarkan rekod polis, sebanyak 168,659 kematian jalan raya dan lebih sejuta kecederaan dialami akibat kemalangan jalan raya di Malaysia sejak 1995. Ini adalah purata 6,486 nyawa terkorban setiap tahun atau 19 maut setiap hari.

Sehingga Ogos tahun lalu, bagi setiap 100 kematian jalan raya, 70 adalah pengguna motosikal.

Meneliti usaha Malaysia

Pada minggu lalu, termasuk semasa meraikan sambutan Krismas di ibu kota, mantan Ketua Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) itu mengkaji tahap usaha keselamatan jalan raya di Malaysia.

“Atas kapasiti saya sebagai duta khas PBB, saya perlu bekerja keras supaya anda tidak kehilangan momentum,” kata Todt yang kehilangan rakannya dalam kemalangan jalan raya.

Khamis lalu, semasa pertemuan dengan Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook, beliau mencadangkan beberapa langkah kepada kementerian termasuk penglibatan suara dalam masyarakat bagi menyokong usaha menyelamatkan nyawa di jalan raya.

Todt (kiri) berjumpa dengan Anthony Loke pada Khamis lalu. - Gambar ihsan MOT
Todt (kiri) berjumpa dengan Anthony Loke pada Khamis lalu. - Gambar ihsan MOT

“Melibatkan diri dan melantik pempengaruh adalah antara perkara yang kami bincangkan. Pertemuan itu amat menyeluruh dan beliau (Loke) sangat bermotivasi untuk melangkah ke usaha seterusnya dan mencapainya,” katanya.

Beliau turut mengambil kesempatan untuk menonjolkan kepentingan memperkasakan Majlis Keselamatan Jalan Raya Malaysia dan membentuk jawatankuasa tertinggi di peringkat Kabinet.

“Saya juga bercakap bahawa Malaysia dibahagikan kepada 14 negeri dan setiap negeri harus meletakkan keselamatan jalan raya sebagai agenda utama dengan pasukan yang kuat dalam kerajaan negeri dan Persekutuan.

“Dengan kepimpinan Menteri Pengangkutan bersama-sama Menteri Kesihatan, Menteri Dalam Negeri, Menteri Pendidikan dan komitmen daripada Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong, semua pihak harus cuba membimbing jalan raya yang lebih selamat,” katanya.

Bagaimanapun, mantan Ketua Pegawai Eksekutif Ferrari itu menegaskan kerajaan tidak seharusnya memikul tanggungjawab itu berseorangan sahaja.

“Ia juga menjadi tanggungjawab sektor swasta termasuk syarikat besar seperti Petronas yang sepatutnya lebih aktif menyokong dan menangani keselamatan jalan raya. Media juga mempunyai peranan besar dengan memaklumkan dan menyedarkan serta membimbing orang ramai,” katanya.

Todt yang juga salah seorang pengasas L’Institut du Cerveau et de la Moelle Épinière, yang menumpukan kepada penyelidikan perubatan untuk gangguan otak dan saraf tunjang, memuji Malaysia kerana kualiti perkhidmatan yang baik dalam penjagaan selepas kemalangan.

Beliau menyokong peranan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) untuk memupuk campur tangan keselamatan jalan raya yang lebih baik.

“Bagusnya di Malaysia, anda mempunyai sebuah institut bernama MIROS yang amat cekap. Malaysia turut hadir pada Persidangan Menteri-Menteri Global mengenai Keselamatan Jalan Raya dua tahun lalu di Stockholm dan Julai lalu pada mesyuarat peringkat tinggi PBB,” katanya.

Beliau berkata, MIROS meletakkan dirinya dengan baik di rantau ini termasuk mendesak penggunaan sistem brek anti-kunci (ABS) sebagai sebahagian daripada ciri keselamatan standard untuk motosikal.

Pada Mei, Malaysia mengumumkan bahawa undang-undang itu akan dipinda dalam tempoh dua tahun untuk mendesak pemasangan wajib ABS bagi semua motosikal baharu dengan kapasiti enjin 150cc ke atas dan kemudiannya diperluaskan kepada model “kapcai”.

Difahamkan sistem ABS boleh membantu dalam mengurangkan kemalangan dan kematian yang melibatkan penunggang motosikal sebanyak 30 peratus.

“Malaysia menerajui agenda ABS di Asia Tenggara dan negara berpendapatan sederhana, dan (ia mempunyai) lebih banyak peluang daripada banyak negara jiran di rantau ini.

“Sejak mesyuarat peringkat tinggi di ibu pejabat PBB, saya melawat Indonesia, Thailand, Kemboja, Vietnam dan kini Malaysia. Kami bercakap tentang situasi dengan pemahaman yang jelas bahawa beberapa penambahbaikan perlu dilakukan. Kami tidak mahu kehilangan momentum.

“Dari sebuah negara ke negara lain, anda boleh lihat sikap yang berbeza. Ia adalah kerja harian, dan semua orang yang terlibat dalam menangani keselamatan jalan raya mesti komited untuk melakukan perkara itu,” katanya.

Daripada data yang dikumpul oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kecederaan akibat kemalangan jalan raya adalah punca kematian nombor satu global bagi mereka yang berumur lima hingga 29 tahun. Ia juga adalah penyebab utama kematian kelapan secara keseluruhan.

Setiap hari, dianggarkan 3,700 terbunuh di jalan raya di seluruh dunia atau 1.35 juta setiap tahun.

Manakala seramai 50 juta pengguna jalan raya lagi cedera parah dalam nahas setiap tahun, dengan ramai yang lumpuh dan tidak dapat bekerja. - The Vibes, 28 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Nasib Baik Cekap, Kalau Tidak...

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

19 Tahun Menjalin Hubungan, Michelle Yeoh Kini Milik Jean Todt

3

Semasa 4 tahun yang lalu

2 Second Law Hanya Terpakai Untuk Kenderaan Tanpa Lebihan Muatan - Pakar

4

Refleksi 4 tahun yang lalu

WOW Ubah Persepsi Negatif Terhadap Pengayuh Basikal Terutama Wanita

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 10 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad