Berita Terkini

3 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


WOW Ubah Persepsi Negatif Terhadap Pengayuh Basikal Terutama Wanita

Women On Wheels (WOW) adalah platform untuk mendidik kaum hawa mengenai aspek keselamatan serta teknik kayuhan basikal yang betul dan kini mempunyai 50 orang peserta yang giat menyertai aktiviti mereka.

Refleksi · Diterbitkan pada 28 Dec 2021 8:19AM

Aktiviti kayuhan Women On Wheels (WOW) di Putrajaya baru-baru ini. Gambar: Mohd Huzaini Daud, Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebagai platform untuk mendidik kaum hawa mengenai aspek keselamatan serta teknik kayuhan yang betul, Women On Wheels (WOW) kini mempunyai 50 orang peserta yang giat menyertai aktiviti mengayuh basikal untuk memperkasa serta membina keyakinan diri.

Diilhamkan oleh seorang anggota kumpulan basikal Speedzone, Rosmawar Haron, 50, WOW menganjurkan kayuhan pertama pada November 2020 di sekitar Putrajaya dengan jarak kira-kira lebih 50 kilometer.

Menurut Rosmawar, ilham WOW pada mulanya dikongsikan rakan beliau, juga seorang anggota Speedzone dan mendapat pelbagai reaksi positif daripada orang ramai tentang kebaikan dan peranan konsep WOW.

Penganjur Kayuhan Women On Wheels (WOW), Rosmawar Haron
Penganjur Kayuhan Women On Wheels (WOW), Rosmawar Haron

“Aktiviti kayuhan WOW juga bertujuan meningkatkan kesedaran serta kepentingan keselamatan ketika berkayuh di jalan raya serta mewujudkan kesedaran bahawa aktiviti berbasikal harus dilakukan secara berkumpulan demi keselamatan diri.

 "Kayuhan yang dianjurkan buat kali kedua ini lebih memberi fokus kepada kaum wanita tidak mengira umur untuk bersama-sama menjalankan aktiviti sihat ini secara selamat selain merapatkan silaturahim antara satu sama lain dan komuniti.

“Selain itu, kayuhan ini juga membawa kesedaran tentang norma baharu terutama ketika melakukan aktiviti dalam kumpulan," katanya ketika ditemui Bernama di kayuhan kedua yang diadakan baru-baru ini dengan melibatkan lebih 50 peserta.

 

Pastikan Keselamatan

Setiap kayuhan WOW membawa semangat 'No Vac (Vaccine), No Ride' dan aplikasi MySejahtera peserta akan diperiksa bagi memastikan mereka lengkap menerima vaksin serta bukan dikategori sebagai kontak rapat atau kasual.

Menurut Rosmawar, pemeriksaan itu adalah bagi memastikan setiap peserta yakin dan selamat tentang acara bersukan kayuhan basikal dalam ketika pandemik COVID-19 masih berterusan.

Sebelum ini, pelbagai program kayuhan dianjurkan oleh Speedzone namun kayuhan WOW khusus untuk kaum hawa ini dicetuskan untuk memperkasakan wanita serta saling bertukar pengalaman antara pengayuh berpengalaman mahupun baru berjinak dalam sukan ini supaya berkayuh di atas jalan raya secara selamat, displin dan betul.

Rosmawar yang aktif berbasikal sejak tahun 2015 berkata, WOW adalah inisiatif ekoran insiden pengayuh basikal sering dikecam pengguna jalan raya yang lain kerana dikatakan menghalang lalu lintas, tidak mematuhi peraturan jalan raya terutama melanggar lampu isyarat dan berkayuh secara berbahaya di atas jalan raya.

"Jadi tujuan WOW adalah menerapkan aspek keselamatan kepada semua pengayuh basikal supaya bukan sahaja diri mereka selamat tetapi juga pengguna jalan raya yang lain.

"Perlu ada sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain ketika berkayuh di atas jalan raya kerana semua tidak kira yang mengayuh basikal atau memandu kereta juga adalah pengguna jalan raya," katanya.

Menurut Rosmawar, mesej yang juga ingin disampaikan oleh WOW ialah untuk mengubah persepsi masyarakat tentang pakaian kaum hawa ketika berbasikal yang sering dikatakan menjolok mata sambil menjelaskan setiap sukan ada pakaian tersendiri mengikut kesesuaian.

"Contoh pemakaian tracksuit yang longgar ada masalah jika tersangkut ketika berkayuh dan ia akan menyebabkan kemalangan bukan sahaja pada diri sendiri malah kepada pengayuh dan pengguna jalan raya yang lain.

"Pakaian ketat menjolok mata itu tanggapan setiap orang yang mungkin tidak akan faham keperluan itu jika mereka sendiri tidak terlibat dalam sukan tersebut. Pengayuh itu sendiri akan tahu aspek keselamatan dari segi pemakaian bukan sebab mereka suka berpakaian sebegini," katanya.

 

Ubah Persepsi Masyarakat

Seorang peserta kayuhan WOW, Mazenah Mahat, 65, berkata konsep WOW ini diharap dapat mengubah persepsi masyarakat tentang pengayuh wanita terutama daripada segi pakaian.

Berkongsi pengalaman ketika mengayuh basikal dalam pakaian yang kurang sesuai, beliau yang lebih mesra dengan panggilan ibu, berkata ketika berkayuh di Jitra dengan tudung labuh yang hampir menyebabkan kemalangan.

“Tudung itu menutup muka ibu ketika lori lalu dan sejak itu ibu bertukar kepada pemakaian yang lebih sesuai.

“Ibu minta nasihat daripada anak perempuan ibu yang juga seorang ustazah tentang pemakaian ketika berbasikal. Anak saya kata yang penting leher saya tertutup dan perlu berpakaian sesuai demi keselamatan," katanya yang mula berkayuh sejak setahun lalu.

Bagi Mazenah, WOW dapat meningkatkan keyakinan kaum hawa terutama golongan warga emas yang ingin mencuba sukan ini tetapi masih ragu-ragu akan kemampuan masing-masing.

Sementara itu, Didie Aziz, 43 pula berkata, WOW memberi pendedahan awal kepada pengayuh khusus kaum wanita tentang disiplin, keselamatan serta sentiasa fokus ketika mengayuh di atas jalan raya serta membina keyakinan di kalangan wanita melalui aktiviti berbasikal.

"Pengayuh sama ada berpengalaman atau yang baru berjinak perlu ada teknik yang betul seperti semasa menukar laluan, isyarat tangan demi keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain.

"Pengayuh perlu tahu teknik ketika berkayuh dalam peloton (kelompok pengayuh) contohnya perlu ada barisan teratur dalam jarak selamat dan kawal kelajuan. Dari situ kita boleh membina keyakinan peserta," katanya.

Beliau yang juga jurulatih kelab mengayuh basikal Allez, berkata matlamat WOW amat sesuai dan bertepatan kerana mahu menerapkan nilai keselamatan, displin, fokus serta keyakinan ketika berbasikal. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Berlaku Aliran Peningkatan Penggunaan Vape, Termasuk Golongan Wanita - Lukanisman

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Kajian SSPA Ambil Kira Waktu Kerja Penjawat Awam Wanita - Anwar

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Seludup Pil Yaba Lebih RM120,000, 2 Wanita Ditahan

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Jelajah 21 jam yang lalu

Lebih 10,000 Kad Raya Menghiasi Pusat Beli-Belah The Curve, Hidupkan Nostalgia Hari Raya

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran

Selera 1 hari yang lalu

Ketupat Mohd Zaim, Tak Perlu Tunggu Hari Raya

Refleksi 1 hari yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

Selain acara rewang di PPR Lembah Subang 2, Mydin juga mengagihkan 150 set bantuan Kotak MYDIN Prihatin yang bernilai sehingga RM60

oleh Rahayu MN

Jelajah 17 jam yang lalu

Wau LED Hiasi Langit Malam Kampung Panchor 

oleh Rafisqi Radhi