web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Solusi Tangani Kos Sara Hidup Jangka Dilaksana Pada Januari 2023

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Dec 2022 8:50PM

Kerajaan sentiasa komited membantu rakyat menangani isu kos sara hidup namun setiap langkah yang diambil perlu dipastikan tidak menjejas kedudukan ekosistem perniagaan dan industri yang masih dalam tempoh pemulihan pascapandemik COVID-19 - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup serta Kementerian Ekonomi sedang memperinci beberapa langkah penyelesaian pantas dalam menangani isu kos sara hidup termasuk pelan tindakan kerjasama rentas kementerian.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata kedua-dua kementerian bersetuju mewujudkan sekretariat bersama yang akan menjadi platform di peringkat pegawai untuk membincangkan peranan pelbagai agensi dalam menangani kos sara hidup.

“Beberapa prosedur pelaksanaan dasar juga sedang dikemas kini dan dijangka dilaksanakan bermula penghujung Januari tahun hadapan,” menurutnya dalam kenyataan bersama Menteri Ekonomi Rafizi Ramli di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan sentiasa komited membantu rakyat menangani isu itu namun setiap langkah yang diambil perlu dipastikan tidak menjejas kedudukan ekosistem perniagaan dan industri yang masih dalam tempoh pemulihan pascapandemik COVID-19.

Rafizi pula berkata usaha mengawal inflasi dan kos sara hidup memerlukan kerjasama semua pihak yang berkaitan dalam rantaian nilai termasuk kerajaan, pengeluar, peniaga serta rakyat kerana isu itu bukan hanya mengenai harga murah tetapi juga harga yang adil kepada pengeluar, peniaga dan pengguna.

“Kerajaan berharap usaha berkenaan akan memudahkan pengurusan kos dan seterusnya memastikan segala penjimatan dapat dialirkan kepada pengguna, seterusnya meringankan beban kos sara hidup rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata orang ramai disaran memperkukuh peranan mereka sebagai pengguna bijak dengan memfokus kepada empat langkah iaitu merancang perbelanjaan dan menyesuai kecenderungan jika terdapat barang pengganti kepada barang yang telah meningkat harganya.

Katanya pengguna juga perlu sentiasa membuat perbandingan harga menerusi aplikasi Price Catcher dan membeli dalam kuantiti yang diperlukan serta tidak mengamalkan pembelian panik.

Menurut kenyataan itu, kerajaan telahpun mengambil beberapa tindakan jangka panjang dan pendek dalam menangani isu kos sara hidup antaranya mengekalkan tarif elektrik bagi pengguna domestik, komersial dan industri selain kawalan harga dan subsidi ayam standard serta telur Gred A, B dan C hingga suatu tempoh ditetapkan.

Katanya kerajaan turut memutuskan untuk mengimport telur bagi sehingga bekalan daripada pengeluar tempatan kembali pulih dan Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) pula akan menyalurkan peruntukan RM60 juta kepada pesawah, masing-masing RM10 juta bagi 2022 dan RM50 juta pada 2023.

Selain itu, kerajaan sedang memperinci pelaksanaan Harga 2 Peringkat bagi minyak sawit mentah supaya harga minyak masak tulen kemasan botol di pasaran domestik dijual pada harga lebih rendah bagi mengurangkan tekanan terhadap permintaan dan penggunaan minyak masak bersubsidi polibeg sekilogram. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 3 minggu yang lalu

Tekanan Industri, Ekonomi Semakin Meruncing, Konflik Global Ancam Sektor Pengeluaran

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Waspada Sindiket ‘Gores Dan Menang’, Sasaran Utama Warga Emas - KPDN

3

Ekonomi 1 bulan yang lalu

Tekanan Pasaran Kian Meningkat, Amalan Pengendalian Kargo Jadi Kebimbangan

4

Ekonomi 4 bulan yang lalu

AMCRA Mampu Ubah Struktur Industri Pemulihan Kredit, Bantu Lindungi Maruah Peminjam

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad