web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hampir 3 Minggu Di PPS, Mangsa Banjir Rindu Rumah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Dec 2022 6:55PM

Tinjauan Bernama mendapati sehingga 2 petang tadi masih terdapat 178 mangsa daripada 56 keluarga berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan Kedai Tanjong, Pasir Mas - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR MAS - Selepas 16 hari berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Kedai Tanjong di sini, seorang mangsa banjir Marhami Rosli, 44, sudah tidak sabar lagi untuk kembali ke rumahnya. 

Marhami berkata walaupun rumahnya itu yang terletak betul-betul di pinggir Sungai Golok, tidak mewah tetapi tetap dirindui selain lebih selesa di rumah sendiri daripada terpaksa berkongsi kemudahan dengan orang lain di PPS.

“Namun, Alhamdulillah juga kerana di PPS ini kami terselamat daripada bahaya. Makan dan minum kami di sini juga terjaga selain ada pihak yang prihatin datang ke sini menghulurkan sumbangan,” katanya ketika ditemui Bernama, hari ini.

Marhami merupakan seorang daripada sembilan keluarga terawal yang berlindung di PPS tersebut dan kesemua mereka adalah penghuni paling lama di situ setakat ini.

Menurutnya dia ada pulang menjenguk keadaan rumahnya di Kampung Jeram Perdah baru-baru ini dan terkejut apabila mendapati tiang pada bahagian dapur patah akibat dilanda arus banjir.

“Sedih melihat keadaan rumah saya dengan perabot juga banyak yang rosak. Harap-harap ada pihak yang sudi menyalurkan bantuan untuk membantu meringankan beban kami sekeluarga.

“Air di sekitar rumah masih pada paras lutut. Risau juga saya nak balik sekarang lebih-lebih lagi kalau ada haiwan berbisa seperti ular,” katanya yang menyewa di rumah tersebut bersama suami dan tiga anak mereka.

Jirannya, Aishah Salleh, 55, yang merupakan seorang ibu tunggal, menjangkakan sekurang-kurangnya seminggu lagi sebelum air ‘banjir termenung’ benar-benar surut di kediaman mereka.

Aishah berkata saban tahun kawasan penempatan mereka menjadi tempat paling awal dinaiki air dan paling akhir surut.

“Memang rindu untuk pulang ke rumah kerana sudah tentu lebih selesa berbanding berada di sini, tapi apakan daya beginilah keadaan kami hampir setiap tahun.

“Saya jangka kami akan terus berteduh di sini dalam satu atau dua minggu lagi sebelum boleh pulang ke rumah. Dalam tempoh itu mungkin saya akan ulang-alik cuci rumah yang dinaiki selut,” katanya yang berlindung di PPS tersebut sejak 12 Disember lepas.

Tinjauan Bernama mendapati sehingga 2 petang tadi masih terdapat 178 mangsa daripada 56 keluarga berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan Kedai Tanjong. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

2

Semasa 3 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ibu Temukan Jasad Anak Telah Mereput Dalam Bilik Berkunci

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 10 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 7 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran