web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kanak-Kanak Maut Dipercayai Didera, Kakak Kandung Antara 5 Individu Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Dec 2022 5:39PM

Kamarul Zaman Mamat berkata, kanak-kanak malang tersebut menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.40 petang semalam selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru sejak 23 Disember lalu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Lima individu ditahan susulan kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun di Johor Bahru, semalam, dipercayai akibat didera.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, turut terbabit dalam penahanan itu ialah kakak mangsa dan suaminya, masing-masing berusia 19 dan 37 tahun.

Menurut beliau, kanak-kanak malang tersebut menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.40 petang semalam selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru sejak 23 Disember lalu.

“Kesemua yang ditahan itu direman tujuh hari bermula semalam sehingga 31 Disember ini.

“Kes terbabit yang sebelum ini disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 telah diklasifikasi semula sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di HSI hari ini.

Kamarul Zaman menarik perhatian, pemeriksaan awal mendapati mangsa memiliki kesan kecederaan yang amat teruk di hampir keseluruhan badan.

Antara kecederaan tersebut katanya, termasuk kesan pukulan dan dicucuh benda panas.

“Keadaan jenazah amat menyedihkan kerana terdapat kecederaan dari kepala sehingga kaki.

“Ia (kesan kecederaan) mungkin kerana dipukul dan dicucuh api atau benda panas, termasuk di atas kemaluan,” katanya.

Kamarul Zaman memberitahu, semua kecederaan yang dikenal pasti itu adalah kesan baharu dan lama.

Polis juga jelas beliau, masih menunggu keputusan bedah siasat mangsa.

“Mangsa ialah anak bongsu daripada 11 beradik dan dijaga kakak kandungnya, selepas kedua-dua ibu bapa mereka dipenjara akibat kesalahan berkaitan dadah bermula September lalu.

“Dia kemudian diserahkan pula kepada rakan kakaknya (pengadu) dan dijaga selama dua minggu, sebelum dijumpai pengsan oleh suami pengadu di rumah mereka di Senggarang, Batu Pahat,” katanya.

Kamarul Zaman memberitahu, kanak-kanak malang itu diserahkan kepada rakan kakaknya atas cadangan pengadu sendiri yang merasakan wanita terbabit tidak mampu menjaga adiknya.

“Dia kemudian dibawa ke hospital apabila pengadu melihat mangsa berada dalam keadaan tidak bermaya dan sakit, malah dinasihatkan oleh doktor agar membuat laporan polis,” katanya.

Difahamkan, jenazah mangsa akan diserahkan kepada waris yang disahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebaik proses bedah siasat selesai dijalankan. – Getaran, 27 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Ananda Krishnan Meninggal Dunia

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar