web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Batik Air Kesal Kelewatan Penerbangan, Beri Baucar Percuma Khas Penumpang Terjejas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Dec 2022 5:13PM

Mengakui kesal dengan kelewatan itu, Batik Air turut menyatakan akan memperbaiki kelemahan operasi dan melakukan penambahbaikan dalam penyampaian perkhidmatan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas ciapan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook di Twitter malam tadi, syarikat penerbangan Batik Air memberi jaminan akan menghubungi penumpang yang terjejas bagi memberikan baucar khas, susulan kelewatan penerbangan ke Kuching, Sarawak yang tular 22 Disember lalu.

Mengakui kesal dengan kelewatan itu, syarikat penerbangan tambah murah berkenaan turut menyatakan akan memperbaiki kelemahan operasi dan melakukan penambahbaikan dalam penyampaian perkhidmatan.

Menurut jurucakap syarikat itu, penerbangan ke Kuching (Sarawak) dan Trichy, India dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada tarikh tersebut terganggu akibat cuaca buruk dan masalah teknikal pada pesawat.

“Kelewatan ini menimbulkan banyak kesulitan kepada kebanyakan penumpang kami. Kami sudah mengambil langkah tambahan untuk memastikan operasi penerbangan kami berjalan lancar dan kejadian ini amat dikesali.

“Kami tidak berniat untuk menyebabkan kelewatan itu berpanjangan dan ingin meyakinkan orang ramai bahawa keadaan sudah diperbetul dan yakinlah bahawa operasi kami di terminal KLIA sudah kembali seperti biasa," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata, Batik Air ada menyediakan baucar makanan untuk penumpang terjejas, tetapi tidak dapat memberikan tempat penginapan kerana semua bilik hotel habis ditempah, dan tiada kedai makanan dibuka selepas tengah malam di terminal tersebut.

“Kami amat kesal dan memohon maaf kerana kelewatan itu menimbulkan banyak kesulitan kepada penumpang dan keluarga mereka,” katanya.

Ujarnya lagi, syarikat itu sedang menyiasat punca kejadian yang menyebabkan berlaku kelewatan ke atas dua penerbangan terbabit.

“Punca kejadian sedang disiasat dan kami akan melihat sebarang kelemahan operasi untuk penambahbaikan berterusan dalam penyampaian perkhidmatan pelanggan kami.

“Sebagai maklum balas, Batik Air akan menghubungi semua penumpang yang terjejas untuk memberikan mereka baucar percuma khas,” katanya.

Semalam, Anthony Loke memaklumkan, syarikat Malindo Air atau kini dikenali sebagai Batik Air akan menghubungi semua penumpang yang terjejas untuk memohon maaf atas kesulitan baru-baru ini.

Menurut beliau, perkara itu dimaklumkan syarikat penerbangan terbabit selepas dihubunginya.

“Salam saudara Firdaus, saya dah hubungi pengurusan @malindoair… mereka akan hubungi semua penumpang yang terjejas untuk memohon maaf dan mengambil tanggungjawab,” katanya di Twitter, malam tadi.

Terdahulu, seorang pengguna Twitter @firdausjailan menggesa Anthony Loke melakukan tindakan segera terhadap pihak pengurusan Malindo Air di atas sikap lepas tangan mereka terhadap penumpang yang ‘tersidai’ lama di lapangan terbang gara-gara penerbangan ditangguhkan.

“YB @anthonyloke please do something lah to Malaysia punya airline operator. @malindoair tak ada hati perut ke nak maklumkan kepada pelanggan, hantar blanket atau neck pillow at least. Delayed dari jam 11 malam ke 6 pagi dalam airport sejuk macam ni? Tolonglah elok sikit,” katanya.

Penumpang tersebut turut berkongsi video rungutannya di Twitter sehingga mendapat perhatian netizen yang menggesa kerajaan memberi perhatian serius berhubung perkara itu.

Video berdurasi 1 minit 53 saat itu mendapat lebih 900,000 tontonan di Twitter sejak dikongsi Jumaat lalu. - Getaran, 27 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Jelajah 2 tahun yang lalu

Vietjet Luaskan Penerbangan Ke Destinasi Pantai Popular Di Vietnam, Promosi Tiket Setiap Jumaat

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Penumpang Teruja Juruterbang Pasang Lagu 'Bey Sobar Bey'

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

 Alamak, ‘Aircond’ AirAsia Lupa ‘Service’ Ke Tu?

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Penerbangan Ke Batam Mampu Rancakkan Sektor Pelancongan Malaysia - Indonesia

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Insiden Polis Tembak Di Durian Tunggal: AGC Arah Inkues Kematian 3 Lelaki

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad