web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penerbangan Tergendala, ‘Malindo Air Akan Hubungi Penumpang Untuk Minta Maaf’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Dec 2022 11:26AM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rungutan seorang pemuda yang mendakwa syarikat penerbangan Malindo Air (kini dikenali sebagai Batik Air) tidak menjaga kebajikan penumpang apabila pesawat dinaiki mereka tergendala lebih lapan jam Jumaat lalu mendapat perhatian Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Ahli Parlimen Seremban itu menerusi satu ciapan di Twitter memaklumkan syarikat penerbangan tersebut akan menghubungi semua penumpang yang terjejas untuk memohon maaf atas kesulitan yang berlaku baru-baru ini.

Menurut beliau, perkara itu dimaklumkan syarikat penerbangan terbabit selepas dihubunginya.

“Salam saudara Firdaus, saya dah hubungi pengurusan @malindoair… mereka akan hubungi semua penumpang yang terjejas untuk memohon maaf dan mengambil tanggungjawab,” katanya di Twitter, malam tadi.

Terdahulu, seorang pengguna Twitter @firdausjailan menggesa Anthony Loke melakukan tindakan segera terhadap pihak pengurusan Malindo Air di atas sikap lepas tangan mereka terhadap penumpang yang ‘tersidai’ lama di lapangan terbang gara-gara penerbangan ditangguhkan.

“YB @anthonyloke please do something lah to Malaysia punya airline operator. @malindoair tak ada hati perut ke nak maklumkan kepada pelanggan, hantar blanket atau neck pillow at least. Delayed dari jam 11 malam ke 6 pagi dalam airport sejuk macam ni? Tolonglah elok sikit,” katanya.

Penumpang tersebut turut berkongsi video rungutannya di Twitter sehingga mendapat perhatian netizen yang menggesa kerajaan memberi perhatian serius berhubung perkara itu.

Video berdurasi 1 minit 53 saat itu mendapat lebih 900,000 tontonan di Twitter sejak dikongsi Jumaat lalu.

“Harap lebih bertegas dengan semua airline operators dalam Malaysia ni. Mereka mengambil mudah dengan delays dan cancellations. Dan tiada refund diberikan selain daripada travel voucher sahaja,” kata Enspectre1.

“YB this is our image same goes to MAS and others airline too. Now semua airline Malaysia jadi teruk seteruk-teruknya. Timing, service, foods. I’ve experienced MAS few weeks back. The interactive monitor tak function untuk 8 hours flight. Foods pula Family Mart lagi better. Please YB,” kata @MdShazli.

“Patut bayar ganti rugi kepada penumpang dan denda flight tu sekali supaya tak ulang situasi sama. Benda dah jadi berapa hari nak kena harapkan menteri untuk minta maaf?” kata Leeya. - Getaran. 27 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

2

Semasa 2 minggu yang lalu

LRT Tergelincir: Tindakan Tegas Perlu Diambil - Loke

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Pemeriksaan Pemilikan Kenderaan Persendirian: Kerajaan Tamatkan Monopoli PUSPAKOM

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pemandu Mabuk, Bawah Pengaruh Dadah - Loke

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad