web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KKM Rancang Pendekatan Tangani Kesesakan Jabatan Kecemasan Dan Trauma

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2022 1:04PM

Usaha itu juga bagi memastikan servis diberikan sektor lain di kementerian berkenaan adalah berkesan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) sedang merangka pelan dan perancangan sistematik bagi menyelesaikan kesesakan di Jabatan Kecemasan dan Trauma, sekali gus terus memberikan perkhidmatan eifisien kepada rakyat.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, usaha itu juga  bagi memastikan servis diberikan sektor lain di kementerian berkenaan adalah berkesan.

“Antaranya, KKM sedang melihat kepada semua data terkini, audit dan penyelidikan berkaitan bebanan tugas serta isu kesesakan Jabatan Kecemasan dan Trauma di seluruh negara, khususnya di hospital berpakar.

“Ia bagi membolehkan KKM mengenalpasti punca dan masalah terkini dihadapi jabatan berkenaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, KKM memandang serius masalah kesesakan di Jabatan Kecemasan dan Trauma di hospital kendalian kementerian itu.

Katanya, kesesakan di jabatan itu kini kembali tercetus, selepas situasi COVID-19 dilihat kian reda, apabila pesakit bukan terdiri daripada kes pandemik terbabit turut memenuhinya.

Dr Zaliha berkata, KKM secara konsisten berusaha mengatasi masalah kesesakan itu menerusi perbincangan dan memohon keperluan dana serta kakitangan tambahan daripada agensi pusat, bagi menangani masalah peruntukan, kekurangan kakitangan, peralatan serta infrastruktur.

“Dalam masa sama, pelbagai inisiatif dilaksanakan KKM bagi meningkatkan kecekapan (efficiency) pengendalian pesakit.

“Situasi kesesakan ini dilaporkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara pada 2018 yang disiarkan pada 24 Jun 2019 dengan menyebut, punca menyumbang kepada kesesakan di Jabatan Kecemasan dan Trauma adalah daripada peruntukan tidak mencukupi, anggota kesihatan kurang dan kekurangan fasiliti bagi menampung keperluan perkhidmatan pesakit,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, situasi itu bukan sahaja dihadapi di Jabatan Kecemasan dan Trauma, malah berlaku di Klinik Pesakit Luar, Wad Pesakit Dalam dan Klinik Kesihatan.

“Masalah ini turut dihadapi negara lain. International Federation of Emergency Medicine (IFEM) melalui kenyataan (position statement) menyebut, berdasarkan tinjauan ke atas 41 negara anggota IFEM pada November 2022, 100 peratus daripada negara anggota terbabit melaporkan fenomena tersebut di Jabatan Kecemasan masing-masing,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Zaliha berkata, antara punca dikenalpasti berhubung isu kesesakan itu, termasuk bilangan pesakit tinggi ke Jabatan Kecemasan dan Trauma, kekurangan sumber termasuk kakitangan dan kekurangan katil hospital bagi membolehkan pesakit dikeluarkan dari jabatan kecemasan untuk rawatan definitif.

“Situasi sedemikian turut dialami di Australia (Australasian College for Emergency Medicine (ACEM) pada Mac 2021.

“Saya amat memahami situasi ketika ini yang sememangnya menyukarkan pesakit dan warga KKM sendiri,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Dr Zaliha berkata, untuk mengatasi isu terbabit dan menawarkan perkhidmatan lebih baik, ia perlu membabitkan komitmen pelbagai pihak serta pemegang taruh.

Jelasnya, sebagai contoh, bagi mengetahui masalah dan keperluan khusus mengikut negeri masing-masing, KKM akan melakukan sesi libat urus bersama pihak berkepentingan yang relevan, antaranya Jabatan Kecemasan, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Association of Private Hospitals Malaysia (APHM) dan sektor swasta.

Libat urus itu, katanya, amat penting kerana pendekatan lebih holistik perlu diambil bagi menangani isu terbabit berdasarkan data dan maklumat spesifik.

Selain itu, Dr Zaliha berkata, KKM akan melihat kepada potensi kerjasama strategik bersama sektor swasta, termasuk Pengamal Perubatan Am (GP) bagi terus memperkasakan penjagaan kesihatan primer.

Dengan kerjasama tersebut, katanya, ia mampu mengurangkan kehadiran pesakit ke Jabatan Kecemasan dan Trauma.

“Suka juga KKM ingatkan kepada semua pihak bahawa fungsi Jabatan Kecemasan dan Trauma adalah untuk memberi rawatan kepada individu benar-benar memerlukan rawatan kecemasan.

“Justeru, KKM akan bekerjasama dengan agensi berkaitan untuk melipatgandakan lagi kempen kesedaran kepada masyarakat, mengenai fungsi sebenar Jabatan Kecemasan dan Trauma,” katanya.

Segala pelan dan perancangan itu, jelasnya, bukan untuk tindakan jangka masa pendek, sebaliknya perancangan jangka masa panjang, selaras perkara utama Kertas Putih KKM yang bertujuan memperkasa serta mereformasikan perkhidmatan kesihatan di negara ini.

“Saya secara peribadi mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang bertungkus lumus memberikan perkhidmatan terbaik.

“KKM sentiasa peka dengan masalah berlaku dan kami akan terus mencari jalan, demi kebajikan serta kesihatan mental warga KKM,” tegasnya. – Getaran, 26 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

2

Politik 5 bulan yang lalu

Dr Zaliha Akan Terus Sokong Agenda MADANI

3

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

4

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad