Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Akta Kerja 1955: Majikan Minta Tangguh Lagi, Pekerja Kata Tidak

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2022 7:00AM

Majikan gusar menanggung kos operasi lebih tinggi manakala pekerja menyambut baik pengumuman itu. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) meminta pelaksanaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 tidak dibuat dalam tempoh terdekat dan majikan harus diberikan masa mencukupi, bagi menyesuaikan diri dengan peruntukan undang-undang itu.

Menurut Presiden MEF, Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman, ia juga membolehkan majikan lebih bersedia untuk melaksanakan perkara berkenaan, sekali gus mewujudkan situasi ‘menang-menang’ antara pihak mereka dengan pekerja.

Katanya, pelaksanaan dan perubahan mendadak akan mengakibatkan majikan menanggung kos operasi lebih tinggi, terutama apabila kemelesetan ekonomi djangka berlaku pada tahun 2023.“MEF menyokong beberapa perubahan (Akta Kerja 1955), tetapi ia adalah mengenai isu masa. Sekarang bukanlah masa sesuai melaksanakan perubahan yang akan meningkatkan kos perniagaan.

 Dr Syed Hussain Syed Husman - Gambar fail
Dr Syed Hussain Syed Husman - Gambar fail

“Dalam suasana ekonomi suram dan kebanyakan majikan masih dalam proses pemulihan selepas perniagaan terjejas teruk akibat pandemik COVID-19, terdapat keperluan untuk memberi ruang kepada mereka kembali ‘bernafas’,” katanya kepada Getaran.

Beliau berkata, situasi ekonomi pada tahun depan dijangka sangat mencabar di seluruh dunia dan Malaysia tidak terkecuali.

“Banyak persatuan perniagaan dan industri, termasuk MEF berpandangan bahawa kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, harus mempertimbangkan semula pelaksanaan pindaan Akta Kerja 1955 pada Januari depan.

“Majikan harus diberi lebih masa untuk menstabilkan dan memulihkan semula perniagaan yang terjejas teruk akibat PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) pada tahun 2020 dan 2021, bagi membendung ancaman COVID-19 dan kesan banjir besar,” katanya..

Syed Hussain berkata, pelaksanaan akta tersebut pada 1 Januari depan akan menjadi bebanan besar kepada majikan, terutama membabitkan kelayakan pekerja untuk mendapat ‘overtime’ (kerja lebih masa) daripada yang bergaji RM2,000 kepada RM4,000.

Tegasnya, pada 1 Mei lalu, majikan di seluruh negara sudah menanggung kos tambahan sebanyak RM14 bilion setahun apabila kadar gaji minimum, dinaikkan daripada RM1,200 sebulan kepada RM1,500 sebulan.

Sebahagian majikan, katanya, masih bergelut untuk melaksanakan sepenuhnya gaji minimum dan terdapat antara mereka, gagal mematuhinya kerana tidak berkemampuan.

“Secara umumnya, majikan berusaha untuk melaksanakan perkara tersebut, namun terdapat situasi sebahagian mereka terpaksa gulung tikar kerana tidak berkeupayaan berbuat demikian,” katanya.

Menurutnya, pelaksanaan akta tersebut, dianggar membabitkan kos tambahan sebanyak RM111 bilion setahun terhadap majikan di sektor swasta dan amat membebankan mereka untuk menyerap kos tersebut.

“Justeru, MEF merayu supaya kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim meneliti semula beberapa pindaan, terutamanya berkaitan memperluaskan akta tersebut kepada setiap pekerja, tanpa mengira kedudukaan mereka.

“Pindaan memperluas liputan akta pekerja ini yang turut membabitkan kakitangan pengurusan akan menyebabkan konflik kepentingan,” katanya.

Terdahulu, Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar mengumumkan peruntukan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 yang sebelum ini ditangguhkan, dilaksanakan bermula 1 Januari depan.

Jelasnya, walaupun terdapat permintaan daripada pihak industri untuk memanjangkan tempoh penangguhan itu, wujudn keperluan bagi menguatkuasa akta berkenaan.

Pindaan itu antaranya, penambahan cuti bersalin daripada 60 hari kepada 98 hari dan cuti paterniti dinaikkan daripada tiga hari kepada tujuh hari.

Akta itu turut merangkumi pengurangan tempoh waktu bekerja daripada 48 jam kepada 45 jam seminggu, selain larangan diskriminasi dalam pekerjaan.

Effendy Abdul Ghani - Gambar fail
Effendy Abdul Ghani - Gambar fail

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), menyambut baik pengumuman kerajaan mengenai Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 dan menggesa pelaksanaannya tidak ditangguhkan.

Penangguhan itu, katanya, tidak sepatutnya dibenarkan kerana majikan sudah diberikan masa mencukupi untuk membuat persediaan bagi perubahan akta berkenaan.

Malah, beliau berkata, pindaan sepatutnya berkuat kuasa pada September lalu, tetapi ditangguhkan kepada 1 Januari depan, justeru majikan sudah mempunyai masa mencukupi untuk bersedia dengan perubahan terkandung dalam akta itu.

“Jika mereka (majikan) meminta untuk menangguhkan lagi, ia tidak adil kepada golongan pekerja, malah perkara itu dipersetujui majikan sebelum diluluskan di Parlimen,” katanya.

Effendy berkata, akta itu bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada pekerja, malah faedah terhadap majikan dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara.

“Sekiranya alasan penangguhan mereka adalah disebabkan ramalan kemelesetan ekonomi tahun 2023, ia adalah satu andaian memandangkan perkara tersebut masih belum berlaku.

“Tetapi, faktanya, selepas dua tahun COVID-19 melanda negara, kadar pengangguran yang dicatatkan semakin menurun, malah banyak syarikat mampu bertahan sehingga hari ini dan mencatatkan keuntungan dalam suasana ekonomi perlahan,” katanya. - Getaran, 25 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Akta Kerja 1955 Benarkan Pekerja Mohon Aturan Kerja Anjal - Menteri

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Perbicaraan Kes 1MDB Terpaksa Ditangguh Selepas Najib Alami Cirit-Birit

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Majikan Abai 93 Pekerja Bangladesh Berdepan Tindakan Tegas

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Majikan Sedia Laksana Dasar Gaji Progresif Tetapi Perlu Ditambah Baik - MEF

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Misi Pelayaran Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Satu Cabaran Besar - Mohamad

Semasa 20 jam yang lalu

Malaysia Lantang Perjuang Palestin, Tapi UM Jemput Penyokong Zionis?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Pendidikan 20 jam yang lalu

KPT Salur Bantuan Pendidikan, Pengecualian Yuran IPT Anak Mangsa Nahas Helikopter