web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemimpin ASEAN Capai Konsensus Lima Perkara Mengenai Krisis Myanmar

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2021 8:50AM

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (empat, kiri) mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh (lima, kanan) selepas menghadiri Mesyuarat Khas Pemimpin ASEAN bagi membincangkan mengenai krisis di Myanmar semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Pemimpin negara-negara anggota ASEAN mencapai lima kata sepakat mengenai krisis Myanmar selepas rampasan kuasa pada mesyuarat khas pemimpin blok serantau itu di sini semalam.

“Kami, sebagai sebuah keluarga ASEAN, telah mengadakan perbincangan tentang perkembangan di Myanmar baru-baru ini dan menzahirkan keprihatinan mendalam kami terhadap situasi di negara itu, termasuk laporan kematian dan peningkatan keganasan.

“Kami mengakui peranan positif dan konstruktif ASEAN dalam memudahkan penyelesaian damai demi kepentingan rakyat Myanmar dan mata pencarian mereka dan oleh itu, bersetuju dengan ‘Konsensus Lima Perkara’,” demikian menurut Pernyataan Pengerusi mengenai Pertemuan Pemimpin-Pemimpin ASEAN yang dikeluarkan oleh laman sesawang Pengerusi Brunei Darulsalam di www.asean2021.bn.

Mengenai situasi di Myanmar, kesemua pemimpin mencapai kata sepakat seperti berikut:

Pertama, menghentikan serta-merta keganasan di Myanmar dan semua pihak mengambil langkah untuk bertenang.

Kedua, dialog konstruktif antara semua pihak yang berkenaan akan dimulakan untuk mencari jalan penyelesaian damai demi kepentingan rakyat.

Ketiga, duta khas Pengerusi ASEAN akan memudahkan perantaraan proses dialog dengan bantuan Ketua Setiausaha ASEAN.

Keempat, ASEAN akan memberikan bantuan kemanusiaan melalui Pusat Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan Mengenai Pengurusan Bencana ASEAN (Pusat AHA).

Kelima, duta khas dan delegasi akan melawat Myanmar untuk bertemu dengan semua pihak yang berkenaan.

Mesyuarat Pemimpin ASEAN itu berlangsung di Sekretariat ASEAN di Jakarta dan dipengerusikan oleh Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.

“Kami juga mendengar gesaan supaya semua tahanan politik dibebaskan termasuk warga asing. Kami juga menekankan kepentingan usaha berterusan Myanmar dalam menangani situasi di Negeri Rakhine, termasuk memulakan proses penghantaran balik, secara sukarela, selamat dan bermaruah mengikut perjanjian dua hala dengan Bangladesh,” menurut satu kenyataan.

Sehubungan itu, pemimpin ASEAN juga berharap untuk menyambung semula penghantaran balik pelarian secepat mungkin.

“Kami sekali lagi menzahirkan penghargaan kami kepada Setiausaha Agung ASEAN atas usahanya dalam memimpin pelaksanaan cadangan Penilaian Keperluan Awal (PNA).

“Kami juga mengharapkan pelaksanaan Penilaian Keperluan Komprehensif (CNA) dan menggalakkan Setiausaha Agung ASEAN untuk terus mengenal pasti bidang-bidang yang boleh memudahkan secara berkesan proses penghantaran balik pelarian dari Negeri Rakhine.

“Kami juga menekankan kepentingan usaha menangani punca utama keadaan di Negeri Rakhine,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 1 bulan yang lalu

ASEAN Main Peranan Besar Sebagai Jambatan Penyatuan Serantau - PM

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Timor-Leste Secara Rasmi Sertai ASEAN, Lengkapkan Peta Asia Tenggara

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Pertemuan Dengan Trump Berjalan Ikut Jadual, PM Terima Memorandum Sokongan 16 NGO

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad