Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sos Pasta Krim Carbonara Prego Ditarik Daripada Pasaran Malaysia

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Dec 2022 6:02PM

KKM mengambil maklum isu penarikan semula produk sos pasta berkrim carbonara cendawan berjenama Prego keluaran Malaysia kerana terdapat tanda kerosakan - Gambar laman web Prego

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan produk sos pasta berkrim carbonara cendawan berjenama Prego, ditarik semula daripada pasaran tempatan selepas kandungannya didapati rosak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan menerima notifikasi dari syarikat produk itu, Campbell Cheong Chan (M) Sdn Bhd yang mengesahkan ia turut dijual di Malaysia.

“KKM mengambil maklum isu penarikan semula produk sos pasta berkrim carbonara cendawan berjenama Prego keluaran Malaysia kerana terdapat tanda kerosakan, seperti bau tidak menyenangkan, warna berubah, rupa berair dan lapisan cecair terpisah.

“Pihak syarikat sudah mengenalpasti punca kerosakan produk tersebut disebabkan kesilapan semasa pemprosesan, selain sedang dalam proses penarikan balik produk terlibat di pasaran secara sukarela,” katanya menerusi laman sesawang KKM hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, jenis produk itu yang terlibat dalam penarikan balik adalah Prego Sos Pasta Berkrim Carbonara Cendawan (665 gram) dengan nombor batch 2022081716 bertarikh luput 17 Ogos 2023 dan kod masa 22:18 (10:18 malam) hingga 23:20 (11:20 malam).

“Dalam hal ini, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sedang memantau proses penarikan balik produk berkenaan.

“Penjual hendaklah menghentikan penjualan produk terlibat dengan serta-merta. Manakala pengguna sudah membelinya hendaklah tidak memakan produk tersebut. Bagi yang sudah menikmati, dinasihatkan berjumpa pegawai perubatan sekiranya berasa tidak sihat atau mengalami gejala keracunan makanan,” katanya.

Selain itu, Dr Noor Hisham menyarankan orang ramai mengamalkan konsep Lihat, Hidu dan Rasa untuk mengenalpasti kualiti makanan bagi mencegah keracunan makanan.

“KKM sentiasa peka dan prihatin ke atas perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna.

“Sebarang maklumat atau kemusykilan berhubung isu ini, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat, menyalurkannya melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman facebook rasmi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di www.facebook.com/bkkmhq,” katanya.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

14 Produk Kandungi Pholcodine Dibatal Pendaftaran, Dipanggil Balik

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Malaysia Lantang Perjuang Palestin, Tapi UM Jemput Penyokong Zionis?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Semasa 1 jam yang lalu

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Helikopter: Bedah Siasat 10 Mangsa Selesai 2.20 Petang - TLDM