web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Fasa 2 Laluan MRT Putrajaya Dijangka Mula Operasi Mac 2023 - MRT Corp

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Dec 2022 5:47PM

Laluan sepanjang 38.7 kilometer (km) yang terdiri daripada 15 stesen bertingkat dan sembilan stesen bawah tanah itu telah siap dan kini dalam fasa persediaan operasi - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Laluan Transit Aliran Massa (MRT) Putrajaya Fasa Dua dari Stesen MRT Kampung Batu ke Stesen MRT Putrajaya Sentral dijangka mula beroperasi pada bulan Mac tahun depan.

Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) berkata laluan sepanjang 38.7 kilometer (km) yang terdiri daripada 15 stesen bertingkat dan sembilan stesen bawah tanah itu telah siap dan kini dalam fasa persediaan operasi.

"Sebanyak 36 stesen berada di Laluan Putrajaya sepanjang 56.2 km itu apabila ia beroperasi sepenuhnya nanti. Penumpang akan dapat berpindah ke laluan rel sedia ada yang lain di 10 stesen pertukaran (interchange) berbeza, yang memberikan kemudahan dan pemindahan lancar ke destinasi pilihan mereka," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sepuluh stesen pertukaran itu terdiri daripada Kwasa Damansara (dengan laluan Kajang MRT), Sungai Buloh (dengan KTM), Sri Damansara Timur (dengan KTM), Kampung Batu (dengan KTM) dan Titiwangsa (dengan laluan LRT Sri Petaling dan Ampang, KL Monorail).

Ampang Park (dengan Laluan LRT Kelana Jaya), Tun Razak Exchange (dengan Laluan MRT Kajang), Chan Sow Lin (dengan Laluan LRT Sri Petaling dan  Ampang), Sungai Besi (dengan Laluan LRT Sri Petaling) dan Putrajaya Sentral (dengan laluan ERL dan KLIA Transit.)

MRT Corp berkata jajaran laluan Putrajaya akan disediakan oleh 49 set kereta api dengan setiap set kereta api terdiri daripada empat gerabak, dengan kapasiti maksimum 1,200 penumpang dan automatik sepenuhnya, tanpa pemandu.

“Sebanyak 5,870 ruang untuk tempat letak kereta disediakan buat penumpang MRT, yang terdapat di 15 stesen di sepanjang jajaran itu," menurutnya.

Semasa fasa persediaan operasi ini, Rapid Rail Sdn Bhd selaku pengendali Laluan Putrajaya sedang menjalankan operasi percubaan akhir bersama-sama Kontraktor Turnkey, MMC Gamuda KVMRT (PDP SSP) Sdn Bhd.

Katanya operasi percubaan akhir adalah penting bagi memastikan semua sistem dan prosedur berfungsi dengan berkesan, terutamanya integrasi sistem, operasi dan kesediaan pengendali.

“Sehingga kini ujian dan pelaksanaan, yang termasuk ujian Fault-Free Running (FFR) sejauh 4,000 km telah berjaya dijalankan. Ia adalah ujian penting untuk memastikan bahawa kereta api selamat dan memberi perkhidmatan yang baik.

"Tarikh tepat untuk memulakan operasi Fasa Dua akan diumumkan sebaik sahaja proses kelulusan telah dimuktamadkan dengan pihak berkuasa yang berkaitan," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 bulan yang lalu

Mesyuarat Khas Thailand-Kemboja Bermula Di Putrajaya Di Tengah Ketegangan Sempadan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pegawai Tribunal Kastam Ditemui Maut, Kaki Dan Leher Terjerut ‘Cable Tie’

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Gangguan Seksual Dalam Tren: Saspek Sedang Dikesan - Prasarana

4

Semasa 2 tahun yang lalu

35 Laluan Bas Rapid KL Terlibat Dalam Penyelarasan Operasi Bermula Hari Ini

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar